Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 700 bahan ditemui
Hasil

700 rekod

41-60 daripada 700
Sejarah Artikel

Titah Diraja DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj 2026

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Titah Diraja Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada 28 Ogos 2026.

Titah Diraja · 28 Aug 2026 · Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam · 211 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Wacana Dinamika Bumiputera sempena Ulang tahun ke-27 UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Wacana Dinamika Bumiputera pada tahun 2026 di Anjung Seri Budiman UiTM bagi membincangkan hala tuju pembangunan Bumiputera sempena ulang tahun ke-27 UiTM sebagai sebuah universiti dan tujuh dekad legasinya. Wacana bertemakan “Menjulang Bumiputera, Mengakar Tradisi, Meneraju Global” ini menghimpunkan tokoh akademik, alumni, industri dan komuniti untuk memperkukuh bakat, jati diri, keusahawanan, mobiliti sosial dan daya saing Bumiputera selaras dengan aspirasi UiTM 2030.

Ulang Tahun UiTM · 26 Aug 2026 · Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam · 128 hits
Anugerah Artikel

Mahasiswa UiTM Raih Pingat Gangsa di SUKMA XXI Selangor 2026

Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan, pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, berjaya meraih Pingat Gangsa dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran (Endurance Race) dengan mewakili Negeri Terengganu di SUKMA XXI Selangor 2026 yang berlangsung pada 20 Ogos 2026.

Sukan · 20 Aug 2026 · Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) · 2 hits
Perancangan Strategik Artikel

Pelan Strategik UiTM2030

UiTM2030: Melakar Masa Depan, Menggerakkan Transformasi. Pelan Strategik UiTM2030 merupakan dokumen perancangan strategik universiti yang menggariskan fokus strategik, bidang impak utama serta inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh kecemerlangan institusi, meningkatkan daya saing universiti dan memperkasa pembangunan profesional Bumiputera.

20 Aug 2026 · Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam · 699 hits
Anugerah Artikel

UiTM Perak Juara Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3

UiTM Cawangan Perak muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3 2026 selepas menewaskan City University menerusi penentuan penalti, sekali gus mengukuhkan kecemerlangan sukan dan pembangunan bakat atlet universiti.

16 Aug 2026 · Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah · 5 hits
Sejarah Artikel

Pentadbiran Awam Malaysia Dari Kaca Mata Duli Yang Maha Mulia Tengku Idris Shah, Pro Canselor UiTM 2001

Pentadbiran Awam Malaysia: Dari Kaca Mata Duli Yang Maha Mulia Tengku Idris Shah menghimpunkan pemikiran tentang sejarah, ilmu dan falsafah pentadbiran awam di Malaysia. Karya ini melihat pentadbiran awam bukan sekadar sebagai sistem pengurusan kerajaan, tetapi sebagai ilmu dan seni yang memerlukan kebijaksanaan, pengalaman serta nilai kepimpinan.

Penerbitan · 2001 · Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam · 90 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026

Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 8 Ogos 2026, dengan misi merebut 128 pingat emas yang dipertandingkan. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai medan memperkukuh kecergasan, semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan warga staf institusi pendidikan tinggi negara. Penyertaan UiTM turut diserikan dengan sesi menyantuni kontinjen serta alumni UiTM bagi menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan para atlet.

8 Aug 2026 · Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) · 153 hits
Anugerah Artikel

Profesor Dr. Shahanum Md Shah Dinobatkan Penyandang Kursi Tun Abdul Razak Ke-16 Di Ohio University, Amerika Syarikat

Beliau merupakan penyandang ke-16, meneruskan legasi yang sebelum ini disandang oleh Dr. Jayum Anak Jawan bagi tempoh 2015 hingga 2017. Peranan ini bukan sahaja membawa tanggungjawab akademik, malah menjadi amanah untuk mengangkat wacana ilmu, memperkenalkan warisan kebudayaan Malaysia dan memperkukuh persefahaman antara Malaysia dengan masyarakat antarabangsa.

Pengiktirafan · 1 Aug 2026 · UiTM Shah Alam · 0 hits
Sejarah Artikel

Prospektus Institiut Teknologi MARA 1977/1978

Penerbitan berusia 49 tahun ini menyiarkan sejarah penubuhan kajian, bahagian dan pentadbiran utama ITM ketika tahun 1977/78 dalam cetakan 328 halaman muka surat. Mempunyai muka hadapan berwarna hijau terang yang sangat signifikan dengan ITM pada era itu.

Penerbitan · 1977 · ITM Shah Alam · 66 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Penasihat Undang - Undang

Jawatan Penasihat Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan pada 1997 dan berkembang seiring keperluan institusi sehingga kini dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang bermula 1 Ogos 2024. Sepanjang tempoh tersebut, barisan tokoh perundangan berkaliber telah menerajui peranan ini dalam memastikan tadbir urus undang-undang universiti kekal kukuh, relevan dan berwibawa.

Penasihat Undang-Undang · Tanpa tarikh · 584 hits
Anugerah Artikel

Mahasiswa UiTM hadiahkan Pingat Emas Acara Angkat Berat 60kg Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sejarah kecemerlangan sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus diperkaya dengan kejayaan Mohamad Aniq bin Kasdan, atlet angkat berat negara yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Sukan (SR241), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM. Beliau mencipta pencapaian membanggakan apabila meraih pingat emas dalam acara angkat berat kategori 60kg pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada 26 Julai 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam temasya berprestij tersebut.

Sukan · 26 Jul 2026 · Glasgow, Scotland · 140 hits
Sejarah Rekod Arkib

ITM Secara Ringkas 1972

Penerbitan unik terbitan 1972 berusia lebih 50 tahun dalam tulisan Jawi lama sepenuhnya dengan 14 halaman muka surat.

Penerbitan · 1972 · ITM Shah Alam · 61 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Mahasiswa UiTM raih dua anugerah utama 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition di Shanghai, China

Kunjungan Hormat Pensyarah dan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam kepada Naib Canselor UiTM telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Pejabat Naib Canselor. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan pencapaian pelajar yang berjaya meraih dua anugerah utama sebagai pemenang tempat pertama dalam dua kategori di pertandingan antarabangsa 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition di Shanghai, China.

23 Jul 2026 · Pejabat Naib Canselor UiTM · 89 hits
Sejarah Artikel

Brosur Kajian Hotel & Pengurusan Katering 1986

Ketika industri hospitaliti Malaysia sedang berkembang pesat pada penghujung 1960-an, Kajian Hotel dan Katering, Institiut Teknologi MARA (ITM) tampil sebagai perintis melahirkan tenaga profesional tempatan yang bakal mengemudi hotel, restoran, institusi dan sektor pelancongan negara.

Penerbitan · 1986 · ITM Shah Alam · 97 hits
Sejarah Artikel

Buku Panduan Siswa-Siswi Institiut Teknoloji MARA 1975/76

Penerbitan terawal dalam koleksi Bahagian Arkib Universiti, mempunyai halaman cetakan sebanyak 38 muka surat memaparkan peraturan yang perlu dipatuhi untuk siswa-siwa ITM.

Penerbitan · 1975 · ITM Shah Alam · 77 hits