Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026
Senarai rekod

Perasmian

Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026

Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 8 Ogos 2026, dengan misi merebut 128 pingat emas yang dipertandingkan. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai medan memperkukuh kecergasan, semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan warga staf institusi pendidikan tinggi negara. Penyertaan UiTM turut diserikan dengan sesi menyantuni kontinjen serta alumni UiTM bagi menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan para atlet.

The Universiti Teknologi MARA (UiTM) contingent showed great fighting spirit in taking part in the 46th Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 held at Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). The Opening Ceremony of the 46th SUKUM took place on Saturday, 8 August 2026, at the UniSZA Stadium and was officiated by YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Chief Secretary of the Ministry of Higher Education (KPT). This tournament brought together public university staff in an effort to strengthen the spirit of sportsmanship, brotherhood and togetherness among the country’s higher education community.

With a large contingent and a roster of enthusiastic athletes ready to give their best, UiTM carried the mission to win 128 gold medals contested in this year’s championship. The participation also served as a platform to test the capability, fitness and competitiveness of university staff in various sporting events.

On this occasion, a session was held to visit the UiTM contingent to convey words of encouragement and to pray for the success of all competing athletes. The presence of UiTM students and alumni at UniSZA also highlighted the strong ties and growing alumni network across various institutions. One of the UniSZA Board of Directors, YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad, who is also a UiTM alumnus, expressed his support and affection for UiTM. The visit to UniSZA was further enlivened by a serving of battered fish at Warong Pok Nong as part of the experience and hospitality during the stay in Terengganu. UiTM expresses its gratitude to UniSZA for the warm reception and hospitality extended.

Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil dengan semangat juang yang tinggi dalam menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 telah berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026, bertempat di Stadium UniSZA dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kejohanan ini menghimpunkan warga staf universiti awam dalam usaha memperkukuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga institusi pendidikan tinggi negara.

Dengan kekuatan kontinjen yang besar serta barisan atlet yang bersemangat dan bersedia memberikan saingan terbaik, UiTM menggalas misi untuk merebut 128 pingat emas yang dipertandingkan dalam kejohanan pada tahun ini. Penyertaan ini turut menjadi medan untuk menguji keupayaan, kecergasan dan daya saing warga staf universiti dalam pelbagai acara sukan.

Dalam kesempatan tersebut, turut diadakan sesi menyantuni kontinjen UiTM bagi menyampaikan kata-kata semangat serta mendoakan kejayaan seluruh atlet yang bertanding. Kehadiran warga mahasiswa dan alumni UiTM di UniSZA turut menyerlahkan hubungan erat serta jaringan alumni UiTM yang terus berkembang di pelbagai institusi. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad, yang juga merupakan alumni UiTM, turut menzahirkan semangat dan kecintaan terhadap UiTM. Kunjungan ke UniSZA turut diserikan dengan jamuan ikan celup tepung di Warong Pok Nong sebagai sebahagian daripada pengalaman dan kemesraan sepanjang berada di Terengganu. UiTM merakamkan penghargaan kepada pihak UniSZA atas layanan dan jamuan yang diberikan.