Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 700 bahan ditemui
Hasil

700 rekod

1-20 daripada 700
Anugerah Artikel

Penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (2026) Dr. Habibah Ashari

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Habibah Ashari atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Pendidikan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 22 Oktober 2026. Anugerah berprestij yang disempurnakan oleh Pro-Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh ini merupakan pengiktirafan tertinggi atas jasa, dedikasi, serta kepakaran mendalam beliau dalam memperkasa bidang pendidikan dan pembangunan akademik negara. Segenap warga kampus mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk terus menabur bakti dan memacu keunggulan akademik universiti ke persada dunia.

Profesor Emeritus UiTM · 22 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 1 hits
Anugerah Artikel

Penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (2026) Dr. Hazman Shah Vijayan Abdullah

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Hazman Shah Vijayan Abdullah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Sains Pentadbiran sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 22 Oktober 2026. Anugerah berprestij yang disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh ini merupakan pengiktirafan tertinggi atas kepimpinan, dedikasi, serta sumbangan cemerlang beliau dalam memperkasa tadbir urus dan pendidikan tinggi. Segenap warga kampus mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk terus menabur bakti dan memacu keunggulan akademik universiti ke persada dunia.

Profesor Emeritus UiTM · 22 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 2 hits
Sejarah Artikel

Pintu Utama ITM Kedah: Nostalgia Sebuah Kenangan

Gambar ini merupakan dokumentasi visual pintu masuk utama ITM Kedah yang menggambarkan suasana dan persekitaran kampus pada masa gambar ini dirakam.

1997 · Pintu Utama · 0 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Ekspo DPIM "Seni Perlanskapan Moden: Topiary" & Malam Pra-Graduan Sesi Mei – September 1997

Lipatan sejarah akademik Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Perlis mencatatkan penganjuran ekspo pameran berasaskan seni sains pertanian serta kemuncak Malam Pra-Graduan bagi pelajar program Diploma Pengurusan Ladang / Pagulayan Makanan (DPIM) bagi Sesi Mei – September 1997.

1997 · Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Perlis · 15 hits
Anugerah Artikel

Penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (2026) Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) pada 19 Oktober 2026. Anugerah berprestij yang disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Zarinah Anwar ini merupakan pengiktirafan tertinggi atas jasa, kepimpinan, dan sumbangan cemerlang beliau di peringkat kebangsaan mahupun global. Segenap warga kampus mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk terus menabur bakti dan memacu keunggulan akademik universiti.

Profesor Emeritus UiTM · 19 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 1 hits
Anugerah Artikel

Penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (2026) Ir. Dr. Abdul Rahman Omar

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Ir. Dr. Abdul Rahman Omar atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 pada 19 Oktober 2026. Anugerah berprestij yang disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Zarinah Anwar ini merupakan pengiktirafan tertinggi atas jasa, dedikasi, serta kepakaran beliau dalam bidang Kejuruteraan Berorientasikan Manusia dan Sistem Pintar. Penganugerahan ini bukan sahaja menghargai sumbangan besar beliau dalam pembangunan akademik negara, malah menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga universiti.

Profesor Emeritus UiTM · 19 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 2 hits
Sejarah Rekod Arkib

Kakitangan Perintis ITM Kedah

Kakitangan perintis ITM Kedah bergambar di hadapan Bangunan Pentadbiran Kampus bersama Pengetua Kampus, Profesor Madya Ahmad Fakri Saari.

1997 · Dataran Ilmu, UiTM Cawangan Kedah · 0 hits
Anugerah Artikel

Penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (2026) Datuk Dr. Ts. Roziah Mohd Janor

Sempena Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 pada 17 Oktober 2026 di DATC UiTM Shah Alam, Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Statistik kepada Datuk Dr. Ts. Roziah Mohd Janor. Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi atas kepakaran, jasa, dan sumbangan cemerlang beliau terhadap pembangunan akademik UiTM serta negara. Seluruh warga pengurusan dan warga UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta syabas atas kejayaan bernilai ini.

Profesor Emeritus UiTM · 17 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor ( DATC ) UiTM Shah Alam · 47 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Pengisytiharan Diraja: UiTM Kampus Jalan Othman Kini UiTM Kampus Tun Arshad Ayub

Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penjenamaan semula UiTM Kampus Jalan Othman sebagai Kampus Tun Arshad Ayub bagi menghargai jasa pengasas universiti berkenaan sejak tahun 1965. Baginda turut mendoakan ganjaran terbaik buat Allahyarham serta menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh graduan, ibu bapa, dan warga UiTM.

Konvokesyen ITM - UiTM · 17 Oct 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor ( DATC ) , UiTM Shah Alam · 7 hits
Anugerah Artikel

Dua Pingat Emas Para Olahraga Mengharumkan Nama UiTM Cawangan Sarawak Di Para Sukma Selangor 2026

Kecemerlangan sukan para UiTM Cawangan Sarawak terus terserlah apabila Nur Farhani binti Kudus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara 100 meter dan 200 meter Para Olahraga Wanita kategori T47 pada temasya Para SUKMA Selangor 2026. Pencapaian ini menjadi satu lagi kebanggaan institusi serta memperlihatkan keupayaan pelajar untuk menyerlah dalam arena sukan di peringkat kebangsaan.

Sukan · 2026 · UiTM CAWANGAN SARAWAK · 14 hits
Sejarah Artikel

Trailing the Memories of the Hidden Pearl in Bujang Valley

Sempena meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan UiTM Cawangan Kedah, sebuah buku berjudul Trailing the Memories of the Hidden Pearl in Bujang Valley telah diterbitkan sebagai wadah untuk merakamkan sejarah, perkembangan dan pencapaian institusi tersebut sepanjang sedekad penubuhannya.

Penerbitan · 2008 · UiTM Cawangan Kedah · 0 hits
Sejarah Artikel

UITM Universiti Pertama Malaysia Laksana Penganugerahan Diploma/Ijazah Janji Temu, Mengadaptasi Norma Baharu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkenalkan kaedah penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu sebagai alternatif kepada istiadat konvokesyen konvensional susulan penularan pandemik COVID-19. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat terus terpelihara.

Covid-19 · 2021 · UiTM Shah Alam · 3 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sarawak

Sambutan Jubli Emas UiTM Cawangan Sarawak 2023 dianjurkan sepanjang tahun 2023 bagi memperingati 50 tahun penubuhan institusi sejak 1973. Pelbagai program diadakan melibatkan warga universiti, pelajar, alumni, Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) dan komuniti setempat bagi meraikan pencapaian institusi, mengeratkan hubungan serta menyokong kebajikan pelajar, dengan Majlis Homecoming Dinner sebagai acara kemuncak.

2023 · UiTM CAWANGAN SARAWAK · 17 hits
Bangunan/Arca/Monumen/Landskap Artikel

Pembukaan semula Kolej Kediaman Cemara Seksyen 18, UiTM Shah Alam

Satu lagi usaha memperkukuh kemudahan dan kesejahteraan mahasiswa direalisasikan menerusi pembukaan semula Kolej Kediaman Cemara Seksyen 18, UiTM Shah Alam (Fasa 1: Blok 1 dan 5), yang mula beroperasi pada 13 Oktober 2026 bagi kemasukan pelajar Sesi September 2026 – Februari 2027.

13 Oct 2026 · Kolej Kediaman Cemara Seksyen 18 Shah Alam · 0 hits
Anugerah Cerita Bergambar

Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) Kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Dato Profesor Dr. Firdaus Abdullah, telah dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran Dato bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Pengurniaan ini menjadi satu penghormatan kepada kepimpinan universiti serta dorongan untuk terus memperkukuh kecemerlangan akademik, pembangunan modal insan dan sumbangan UiTM Cawangan Sarawak kepada negeri Sarawak.

10 Oct 2026 · UiTM CAWANGAN SARAWAK · 6 hits
Rekod Artikel

UiTM Cawangan Pulau Pinang Berdepan Wabak Influenza A (H1N1)

Pada tahun 2009, negara Malaysia berhadapan dengan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang turut memberi kesan kepada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai sepulu (10) orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dikesan positif jangkitan Influenza A (H1N1). Susulan penularan jangkitan dalam kalangan pelajar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, telah diarahkan untuk ditutup selama tujuh (7) hari oleh Jabatan Kesihatan. Arahan tersebut bertujuan membendung penularan wabak dalam kalangan warga kampus.

2009 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 3 hits
Anugerah Artikel

Pelajar UiTM Dungun Raih Kedudukan Ketiga Terbaik Dunia dalam Subjek Management Information (MA1) - ACCA FIA

Muhammad Adam Azmi, pelajar Program Asasi Perakaunan (AC151) di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, telah mencatat pencapaian membanggakan apabila memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di dunia bagi subjek Management Information (MA1) dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sesi Mac 2026. Pencapaian ini merupakan satu lagi kejayaan akademik yang mengharumkan nama UiTM Cawangan Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain mencerminkan kecemerlangan pelajar dalam bidang perakaunan.

Pengiktirafan · 2026 · UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun · 42 hits
Anugerah Artikel

Pelajar UiTM Dungun Raih Pengiktirafan Kedua Terbaik Dunia dalam Subjek Recording Financial Transactions (FA1) – ACCA

Safwa Zamri, pelajar Program Asasi Perakaunan di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, telah mencatat kejayaan membanggakan dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bagi subjek Recording Financial Transactions (FA1) sesi Mac 2023. Beliau dinobatkan sebagai penerima Top ACCA FIA Prize Paper dengan memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi sesi tersebut. Pencapaian ini menjadi bukti kecemerlangan akademik pelajar UiTM Cawangan Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengiktirafan · 2023 · UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun · 37 hits