Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 712 bahan ditemui
Hasil

712 rekod

701-712 daripada 712
Acara/Majlis/Program Artikel

Cost and Management of Accountancy Aspects in Malaysian Industries 1975

Pada 2 hingga 3 September 1975, Dewan Kuliah Satu, Institiut Teknoloji MARA (ITM), Shah Alam menjadi saksi penganjuran Simposium Pengurusan yang julung kali diadakan dalam sejarah institusi. Program berprestij ini dianjurkan oleh Persatuan Siswa/Siswi ICMA ITM Shah Alam dengan naungan YAB Datuk Hussein Onn, sekali gus mencerminkan komitmen ITM dalam memperkukuh pembangunan ilmu pengurusan dan profesionalisme di Malaysia.

2 Sep 1975 · Dewan Kuliah 1, ITM Shah Alam · 63 hits
Sejarah Artikel

Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM) / Undergraduates Union

Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM) secara rasmi didaftarkan sebagai Majlis Pelajar Institut Latihan RIDA pada bulan Mei 1956 di bawah Ordinan Pertubuhan 1949. Pada tahun 1967 ia telah didaftarkan sebagai KPITM (KESATUAN PELAJAR INSTITU...

Penerbitan · 1 Jan 1974 · 603 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Perasmian Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam

Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972. Nama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) diberi bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia tersebut. Pada tahun 1970-an, sejumlah besar koleksi perpustakaan adalah terdiri daripada bahan-bahan bercetak, dan koleksi mikrofom (mikrofilem, mikrofis, dan filem 16mm)

Inovasi, Kualiti dan Kecemerlangan Operasi · 29 Jul 1972 · UiTM Shah Alam · 116 hits
Sejarah Artikel

Petikan Ucapan YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein di Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 1967

Petikan ucapan ini menekankan bahawa penubuhan Institut Teknologi MARA bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi satu amanah besar kepada pelajar Bumiputera untuk membina jati diri melalui ilmu, kemahiran dan pemikiran yang dinamik. Penuntut digesa agar menjadikan peluang pendidikan sebagai asas perubahan hidup ke arah yang lebih maju dan bermakna kepada bangsa dan negara. Ucapan ini juga mengingatkan bahawa kemudahan moden seperti bangunan dan makmal tidak akan bernilai tanpa sikap, usaha dan semangat pelajar yang tinggi. Oleh itu, kejayaan ITM bergantung kepada komitmen pelajar dan sokongan ibu bapa dalam menyumbang tenaga, idea dan semangat untuk memajukan institusi selaras dengan harapan rakyat.

RIDA-Maktab MARA -ITM-UiTM · 14 Oct 1967 · ITM Batu Tiga, Klang · 1,030 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Perletakan Batu Asas Bangunan Tambahan Maktab MARA

Pada 12 September 1966, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Abdul Razak bin Hussien telah menyempurnakan Upacara Perletakan Batu Asas Bangunan Tambahan Maktab MARA di Petaling Jaya.

12 Sep 1966 · Maktab MARA · 1,027 hits
Sejarah Artikel

Penubuhan Maktab MARA menerusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama 1965

Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, impak utama kongres tersebut telah direalisasikan pada awal tahun 1966 dengan penubuhan agensi-agensi penting untuk memperkasa sosioekonomi kaum Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1966 bagi menggantikan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA). Ia dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan, kemahiran, dan keusahawanan Bumiputera

1 Mar 1966 · MARA · 86 hits
Sejarah Artikel

Penubuhan Maktab MARA

Penukaran nama Dewan Latehan RIDA kepada Maktab MARA pada 5–7 Jun 1965 berlaku hasil keputusan Kongres Ekonomi Bumiputera di Kuala Lumpur yang mencadangkan pembubaran Rural and Industrial Development Authority (RIDA) dan digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Usul ini bertujuan memperkukuh peranan institusi tersebut melalui penambahan modal dan penambahbaikan pentadbiran. Dalam ucapan penutup, Abdul Razak Hussein menegaskan bahawa perubahan ini memberi “nafas baharu” dari segi rupa, bentuk dan aspirasi, sekali gus memperkukuh usaha membantu meningkatkan ekonomi Bumiputera. Pertukaran ini juga menandakan peralihan institusi daripada kawalan RIDA kepada MARA, menjadikannya komponen penting dalam Bahagian Latihan MARA serta memperluas peranan dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi masyarakat.

RIDA-Maktab MARA -ITM-UiTM · 5 Jun 1965 · 2,364 hits
Sejarah Artikel

Buku Merah : Manifestasi Wawasan Tun Abdul Razak

Kerajaan Persekutuan telah mengedarkan ‘Buku Merah’ ke seluruh negara. Buku Merah yang diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, mengandungi berbagai projek pembangunan di setiap daerah di seluruh negara. Buku ini juga menjadi panduan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam menggerakkan pembangunan luar bandar seperti pembinaan jalan, sekolah-sekolah, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon dan sebagainya.

Negarawan · 8 May 1960 · ITM Shah Alam · 88 hits
Sejarah Artikel

Perasmian Dewan Latehan RIDA

Dewan Latehan RIDA yang dibina pada 1956 di Petaling Jaya merupakan inisiatif RIDA hasil ilham Datuk Onn Ja’afar untuk melatih belia luar bandar dalam bidang perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Ia dirasmikan pada 14 Februari 1957 dan menjadi asas penting kepada perkembangan pendidikan serta latihan keusahawanan di Malaysia.

14 Feb 1957 · Jalan Othman · 5,481 hits
Sejarah Artikel

Penubuhan Dewan Latehan RIDA

Pada 11 Januari 1951, Onn Jaafar bersama Abdul Razak Hussein telah mengadakan lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) bagi mengkaji program pembangunan luar bandar, yang kemudiannya membawa kepada pembentangan kertas kerja dan penubuhan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) melalui Ordinan 1953 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1954. RIDA berperanan merangsang pembangunan ekonomi dan sosial khususnya di luar bandar, termasuk menaja pelajar mengikuti latihan profesional. Inisiatif ini menjadi asas kepada penubuhan Dewan Latehan RIDA pada 1956, yang kemudiannya berkembang menjadi Maktab MARA (1965) dan seterusnya Institut Teknologi MARA. Perkembangan ini berlaku seiring dengan dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaya Pertama dan Kedua serta peristiwa penting seperti kemerdekaan 1957 dan Kongres Ekonomi Bumiputera 1965, yang semuanya menyumbang kepada usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar dan memperkukuh peranan institusi ini dalam pembangunan negara.

RIDA-Maktab MARA -ITM-UiTM · 11 Jan 1951 · 4,529 hits