Perpustakaan ITM Jalan Hang Tuah: Awal Sebuah Gedung Ilmu UiTM Melaka
Pada 15 Ogos 1984, Perpustakaan ITM Cawangan Melaka mula beroperasi di Jalan Hang Tuah, Melaka sebagai gedung ilmu untuk warga kampus. Perpustakaan ini menyokong keperluan pembelajaran dan rujukan pelajar dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan Perniagaan dan Perbankan. Ruang sederhana ini menjadi saksi kepada langkah awal perkembangan pendidikan ITM di Melaka. Dari Jalan Hang Tuah bermula sebuah perjalanan ilmu yang kemudiannya berkembang menjadi sejarah Perpustakaan UiTM Melaka.
Kampus ITM Dalam Kenangan · 15 Aug 1984 · ITM Jalan Hang Tuah, Melaka · 150 hits