Cost and Management of Accountancy Aspects in Malaysian Industries 1975
Senarai rekod

Rekod Arkib

Cost and Management of Accountancy Aspects in Malaysian Industries 1975

Pada 2 hingga 3 September 1975, Dewan Kuliah Satu, Institiut Teknoloji MARA (ITM), Shah Alam menjadi saksi penganjuran Simposium Pengurusan yang julung kali diadakan dalam sejarah institusi. Program berprestij ini dianjurkan oleh Persatuan Siswa/Siswi ICMA ITM Shah Alam dengan naungan YAB Datuk Hussein Onn, sekali gus mencerminkan komitmen ITM dalam memperkukuh pembangunan ilmu pengurusan dan profesionalisme di Malaysia.

Gambar ditampalThe opening ceremony was officiated by YB Dr. Mahathir bin Mohamad, who at that time was among the nation’s leading figures advocating human capital development and industrial advancement. His presence underscored the symposium’s importance as a platform connecting academia with the needs of the industrial sector.

Gambar ditampal

This historic symposium brought together a panel of leading experts and professionals to discuss strategic issues in management. Topics presented included Human Resource Development in Malaysian Industry, Management Information Systems and Computers, Corporate Planning, Management Audit, and Production Planning and Control. Presentations were delivered by representatives from Pusat Daya Pengeluaran Negara, Ministry of Defence, Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA), P.A. Management Consultants Sdn. Bhd. and Goodyear Malaysia Berhad.

The organisation of this symposium demonstrated that ITM was not merely an educational institution but also a think tank acting as a catalyst for the development of modern management in the country. It marked a significant milestone in ITM’s history, showcasing students’ ability to organise a professional-level programme that gathered industry figures, academics and policymakers to strengthen links between higher education and the workplace.

Nearly five decades later, the symposium is still remembered as one of the early initiatives that reinforced ITM’s role in producing quality, competitive graduates prepared to lead Malaysia’s economic and industrial development.

Gambar ditampalMajlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Mahathir bin Mohamad, yang ketika itu merupakan antara tokoh penting negara dalam memperjuangkan pembangunan modal insan dan kemajuan industri. Kehadiran beliau menyerlahkan kepentingan sinposium ini sebagai platform yang menghubungkan dunia akademik dengan keperluan sektor industri.

Gambar ditampal

Simposium bersejarah ini menghimpunkan barisan pakar dan profesional terkemuka untuk membincangkan isu-isu strategik dalam bidang pengurusan. Antara topik yang diketengahkan ialah Pembangunan Sumber Manusia dalam Industri Malaysia, Sistem Maklumat Pengurusan dan Komputer, Perancangan Korporat, Audit Pengurusan, serta Perancangan dan Kawalan Pengeluaran. Perkongsian ilmu disampaikan oleh wakil-wakil daripada Pusat Daya Pengeluaran Negara, Kementerian Pertahanan, Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA), P.A. Management Consultants Sdn. Bhd. dan Goodyear Malaysia Berhad.

Penganjuran sinposium ini membuktikan bahawa ITM bukan sekadar institusi pendidikan, malah sebuah pusat pemikiran yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pengurusan moden negara. Ia menjadi mercu tanda penting dalam sejarah ITM, memperlihatkan keupayaan mahasiswa menganjurkan program bertaraf profesional yang menghimpunkan tokoh industri, akademik dan pembuat dasar demi memperkukuh hubungan antara pendidikan tinggi dengan dunia pekerjaan.

Hampir lima dekad kemudian, sinposium ini terus dikenang sebagai antara langkah awal yang mengukuhkan peranan ITM dalam melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing dan bersedia memimpin pembangunan ekonomi serta industri Malaysia.