Petikan Ucapan YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein di Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 1967
Senarai rekod

Rekod Arkib

Petikan Ucapan YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein di Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 1967

Petikan ucapan ini menekankan bahawa penubuhan Institut Teknologi MARA bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi satu amanah besar kepada pelajar Bumiputera untuk membina jati diri melalui ilmu, kemahiran dan pemikiran yang dinamik. Penuntut digesa agar menjadikan peluang pendidikan sebagai asas perubahan hidup ke arah yang lebih maju dan bermakna kepada bangsa dan negara. Ucapan ini juga mengingatkan bahawa kemudahan moden seperti bangunan dan makmal tidak akan bernilai tanpa sikap, usaha dan semangat pelajar yang tinggi. Oleh itu, kejayaan ITM bergantung kepada komitmen pelajar dan sokongan ibu bapa dalam menyumbang tenaga, idea dan semangat untuk memajukan institusi selaras dengan harapan rakyat.

Gambar ditampal

YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sedang memberi ucapannya pada Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor

"Tiap-tiap penuntut MARA baik lelaki mahupun perempuan yang berdiri di hadapan khalayak ramai petang ini mestilah mensifatkan istiadat meletak batu asas Institut Teknologi MARA sebagai satu ketika riwayat hidup mereka itu bagi meletakkan batu asas pendirian mereka itu sendiri yang teguh lagi bermakna, bersendikan semangat yang cergas lagi dinamis untuk menyambut dan menjunjung hasrat amanah rakyat bumiputera pada mereka itu supaya mencari ilmu pelajaran, latihan dan kemahiran yang betul-betul akan menukarkan cara dan corak mereka itu berfikir dan hidup dengan lebih mewah, mulia, kaya dan segar yang benar-benar akan memberi makna pada bangsa dan nusa mereka itu kelak.

Bangunan batu, khutub khanah berhawa dingin, bilik makmal dan tapak yang lebih lebar ini tidak akan menjadi Maktab atau ITM yang berguna jikalau pandangan penuntut tidak saujana dan fikiran, kemahuan dan semangat mereka tidak dinamis. Saya pulangkanlah pada penuntut-penuntut dan ibu bapa sekalian supaya memberi sumbangan dan menerusi fikiran yang bernas, tenaga yang kuat dan semangat mahu menyelidik dan mendalam ITM ini seimbang dengan kemajuan-kemajuan dan perkembangan-perkembangan yang diamanatkan oleh rakyat Bumiputera pada kita sekalian untuk mendirikannya. Sekarang, dengan beberapa sukacitanya saya merasmikan peletakan batu asas ITM di Batu Tiga ini."

Petikan Ucapan YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein di Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 19672.jpg

Upacara Simbolik Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein diiringi Pengarah Maktab MARA, En. Arshad Ayub

Sumber:

  • Achieving A Dream..a story of courage
  • Koleksi gambar Jabatan Arkib Universiti, UiTM

"The speech emphasizes that the foundation-laying ceremony of Institut Teknologi MARA (ITM) is not merely symbolic, but a defining moment for students to build strong personal foundations grounded in dynamic spirit and purpose. It calls on Bumiputera students to pursue knowledge, skills, and training that will transform their way of thinking and improve their lives, ultimately contributing meaningfully to society and the nation. The speaker stresses that physical infrastructure alone does not determine the institution’s success; rather, it depends on the students’ vision, determination, and intellectual drive. Students and parents are urged to contribute through thoughtful ideas, hard work, and a spirit of inquiry to ensure ITM grows in line with the aspirations entrusted to it, before officially declaring the foundation of ITM at Batu Tiga."