Penubuhan Maktab MARA menerusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama 1965
Senarai rekod

Rekod Arkib

Penubuhan Maktab MARA menerusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama 1965

Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, impak utama kongres tersebut telah direalisasikan pada awal tahun 1966 dengan penubuhan agensi-agensi penting untuk memperkasa sosioekonomi kaum Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1966 bagi menggantikan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA). Ia dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan, kemahiran, dan keusahawanan Bumiputera

Pada 1 Mac 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya.

Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya.

Sumber Teks: Arkib Negara Malaysia (ANM)