Memori Kolej Cemara tahun 2003 -2004
Senarai rekod

Rekod Arkib

Memori Kolej Cemara tahun 2003 -2004

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Every memory holds a story, and every programme leaves a lasting meaning. Revisiting the memories of Cemara Residential College from around 2003 to 2004 reveals efforts to shape character, build self-confidence and instil life values among the college community. Various knowledge and personal development programmes were organised, including:

  • Seminar “Between Love & Ambition” on 22 September 2003 
  • Ramadan Welcoming Forum on 14 October 2003
  • Counselling Talk “Overcoming Loneliness” on 7 December 2003
  • Time Management Talk on 13 July 2004 
  • Building Personality Traits of a Good Doctor on 2 August 2004

These programmes reflected the college’s commitment to enriching knowledge, nurturing emotional maturity, and shaping the students’ character and potential. More than mere college activities, they formed part of the journey that coloured campus life—a place where knowledge was gained, friendships were forged and memories were created.

Two decades have passed, yet the memories remain etched in our minds. Each programme bears witness to efforts to shape a knowledgeable, virtuous generation prepared to face the future. History is not merely about what has passed, but about the values and inspiration that continue to live on across generations.

Setiap kenangan menyimpan cerita, setiap program meninggalkan makna. Menelusuri kembali memori Kolej Kediaman Cemara sekitar tahun 2003 hingga 2004, terserlah usaha membentuk keperibadian, membina keyakinan diri dan menyemai nilai kehidupan dalam kalangan warga kolej. Pelbagai program ilmu dan pembangunan diri telah dianjurkan, antaranya :

  • Seminar “Antara Cinta & Cita-cita” pada 22 September 2003 
  • Forum Menyambut Ramadan pada 14 Oktober 2003
  • Ceramah Kaunseling “Mengatasi Kesunyian” pada 7 Disember 2003
  • Ceramah Pengurusan Masa pada 13 Julai 2004 
  • Building Personality Traits of a Good Doctor pada 2 Ogos 2004

Program-program ini mencerminkan komitmen kolej dalam memperkaya ilmu, memupuk kematangan emosi serta membentuk sahsiah dan potensi diri para pelajar. Lebih daripada sekadar aktiviti kolej, inilah sebahagian daripada perjalanan yang mewarnai kehidupan kampus — tempat ilmu ditimba, persahabatan terjalin dan kenangan tercipta.

Dua dekad berlalu, memori tetap terpahat. Setiap program menjadi saksi kepada usaha membentuk generasi berilmu, berakhlak dan bersedia menghadapi masa depan. Kerana sejarah bukan sekadar tentang apa yang telah berlalu, tetapi tentang nilai dan inspirasi yang terus hidup merentasi generasi.