Pintu Gerbang ITM Cawangan Terengganu Kampus Sura Gate
Pintu gerbang ini merupakan laluan utama ke ITM Cawangan Terengganu yang terletak di Sura Gate, Dungun, Terengganu sekitar tahun 1975.
1975 · ITM Kampus Sura Gate, Dungun, Terengganu · 21 hitsCarian Arkib
Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.
Pintu gerbang ini merupakan laluan utama ke ITM Cawangan Terengganu yang terletak di Sura Gate, Dungun, Terengganu sekitar tahun 1975.
1975 · ITM Kampus Sura Gate, Dungun, Terengganu · 21 hits
ITM Cawangan Terengganu telah diberikan kampus tetap di Sura Hujung pada tahun 1982 selepas beroperasi selama tujuh tahun di Sura Gate, Dungun.
Kampus ITM Dalam Kenangan · 1982 · ITM Kampus Sura Hujung, Dungun, Terengganu · 29 hits
Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan ITM Cawangan Terengganu di Sura Gate, Dungun. Kampus ITM keempat ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah syarikat bijih besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).
Kampus ITM Dalam Kenangan · 1975 · ITM Kampus Sura Gate, Dungun, Terengganu · 21 hits
Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 yang berlangsung di Putrajaya pada 2 Oktober 2026 menyaksikan penyampaian 13 anugerah utama yang merangkumi bidang kepimpinan, inklusiviti, kesukarelawanan, komuniti, kelestarian, inovasi, perpaduan, bicara, sukan, seni warisan dan keusahawanan.
Pengiktirafan · 2 Oct 2026 · Putrajaya · 27 hits
Tiada ringkasan disediakan.
Jabatan / Pejabat / Pusat · Tanpa tarikh · UiTM Shah Alam · 30 hits
Penubuhan pengajian muzik di UiTM yang bermula pada tahun 1984 di bawah Sekolah Seni dan Reka Bentuk telah berkembang menjadi Fakulti Muzik secara rasmi pada tahun 2006, sebelum digabungkan di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) pada tahun 2020. Sebagai perintis pendidikan muzik peringkat ijazah di Malaysia, fakulti ini menawarkan pengajian komprehensif daripada peringkat diploma hingga pascasiswazah bagi melahirkan tenaga profesional dalam pelbagai bidang muzik. Melalui kurikulum holistik dan ensembel berprestij seperti *UiTM Symphony Orchestra*, Fakulti Muzik UiTM terus memainkan peranan penting dalam melahirkan tokoh seni serta memajukan industri muzik tanah air ke peringkat antarabangsa.
1984 · Universiti Teknologi MARA (UiTM) · 36 hits
Tahun 1996 menjadi satu lagi detik penting dalam lembaran sejarah perkembangan pendidikan tinggi MARA apabila Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, bersama Datin Seri Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali. Peristiwa ini bukan sekadar sebuah majlis perasmian, tetapi menjadi simbol kepada usaha memperluas akses pendidikan dan memperkukuh pembangunan modal insan melalui pendidikan tinggi.
Negarawan · 1996 · ITM Cawangan Melaka · 26 hits
UiTM Cawangan Kedah menerima kunjungan rasmi Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh, Pro-Canselor UiTM, sempena perasmian Kedah Digital Festival 2026 pada 30 September 2026.
30 Sep 2026 · UiTM Cawangan Kedah · 0 hits
Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026 merupakan satu kehilangan besar buat negara, khususnya atas jasa dan sumbangan beliau dalam bidang kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta kesejahteraan wanita dan keluarga. Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan penghargaan terhadap legasi dan keteladanan Allahyarhamah yang akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah serta khazanah bangsa, di samping merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga segala jasa dan bakti Allahyarhamah terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang serta mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT.
28 Sep 2026 · Universiti Teknologi MARA (UiTM) · 53 hits
Sejarah 70 tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus diwarnai dengan satu lagi detik bermakna menerusi Himpunan Mesra & Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM Bersama YAB Perdana Menteri, yang berlangsung hari ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 26 September 2026.
Ulang Tahun UiTM · 26 Sep 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM · 67 hits
Amanat Naib Canselor dan Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 25 September 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, sebagai wadah menyampaikan aspirasi universiti serta menyemarakkan semangat mahasiswa baharu dalam memulakan perjalanan sebagai warga UiTM. Mahasiswa baharu diseru agar menghargai peluang pendidikan, mengenang pengorbanan keluarga, memahami sejarah UiTM, menjaga nama baik universiti serta membina jati diri sebagai generasi berilmu, berintegriti dan berjiwa kepimpinan. Sebagai pewaris legasi tujuh dekad UiTM, mahasiswa baharu diharapkan dapat memanfaatkan permusafiran ilmu untuk mencipta kejayaan dan memberikan sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air.
25 Sep 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 30 hits
Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 mencatat satu perkembangan penting dalam sejarah pengalaman mahasiswa baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pada 21 September 2026, hampir 40,000 mahasiswa baharu di seluruh negara memulakan perjalanan sebagai warga UiTM melalui pendekatan orientasi hibrid berskala besar, dengan hampir 90 peratus pengisian dilaksanakan secara dalam talian.
21 Sep 2026 · UiTM Shah Alam · 177 hits
Penghargaan diberikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas sumbangan, sokongan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini. Program Ihsan Food Bank Smart Pantry yang berteraskan tiga elemen utama, iaitu Santuni Komuniti, Selamatkan Makanan dan Sayangi Alam, memberi tumpuan kepada penyediaan sumbangan barangan keperluan makanan dan minuman bagi membantu mahasiswa yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KPDN terhadap kebajikan mahasiswa, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.
20 Sep 2026 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 4 hits
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Konsert Seri Puteri Winds Live with Steven Mead di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada 19 September 2026, menjadi satu penghormatan serta detik bermakna dalam memperkasa seni muzik dan bakat muda Malaysia. Konsert yang menampilkan Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) bersama tokoh muzik antarabangsa, Steven Mead, turut memperkukuh jaringan strategik antara UiTM dan Rondo Production dalam bidang seni, pendidikan serta pembangunan bakat. Penganjuran ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memperluas kolaborasi dan menyediakan ruang kepada generasi muda untuk mengembangkan potensi di peringkat nasional dan antarabangsa.
19 Sep 2026 · Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam · 22 hits
Sebelas tahun. Sebelas tahun membina disiplin, mengasah bakat dan membawa suara UiTM ke pentas dunia. UiTM Chamber Choir (UCC), Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), sekali lagi mencipta detik bermakna di 3rd Magdeburg International Choir Festival, Jerman, menerusi pencapaian membanggakan yang mengangkat nama UiTM dan seni muzik koir Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan · 19 Sep 2026 · Magdeburg, Jerman · 43 hits
UiTM Cawangan Pulau Pinang sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Komander Kesatria dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kejayaan ini lebih bermakna apabila pasukan Komander Kesatria berjaya mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan tahap disiplin, kekemasan, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang menjadi asas kecemerlangan pasukan.
16 Sep 2026 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 2 hits
UiTM Cawangan Sarawak mencatatkan satu lagi pencapaian membanggakan dalam bidang sukan apabila pelajarnya, Gregory Anak Kanyan, bersama pasangan beregu, Nursyazwani Binti Shahrom, berjaya meraih pingat emas dalam acara Para Badminton Beregu Campuran kategori SL3–SU5 pada temasya Para SUKMA Selangor 2026, pada 10 September 2026. Kejayaan ini mengharumkan nama Sarawak serta menambah catatan kecemerlangan sukan pelajar UiTM Cawangan Sarawak di peringkat kebangsaan.
Sukan · 10 Sep 2026 · UiTM CAWANGAN SARAWAK · 13 hits
Profesor Madya Dr. Ermeey Abd. Kadir, Rektor UiTM Cawangan Terengganu, menerima Bintang Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Pengurniaan tersebut berlangsung dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 6 September 2026.
Pengiktirafan · 6 Sep 2026 · Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu · 3 hits
Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 telah berlangsung pada 29 Ogos 2026 di UM Arena, Universiti Malaya, disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dengan menghimpunkan atlet, pegawai kontinjen, sukarelawan serta warga institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara. Penyertaan UiTM sebagai antara kontinjen terbesar adalah bagi mempertahankan kejuaraan, di samping memberi peluang kepada atlet mahasiswa menguji kemampuan, menimba pengalaman dan memperkukuh jaringan persahabatan melalui semangat kesukanan. Temasya SUKIPT 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 dengan UiTM menyasarkan pencapaian terbaik serta mempertahankan kedudukan sebagai kontinjen terbaik.
29 Aug 2026 · UM Arena, Universiti Malaya · 96 hits
Delegasi UiTM Cawangan Perak mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, khidmat kepakaran, kelestarian, teknologi, ekonomi dan pembangunan negeri selaras dengan Gagasan Perak Sejahtera 2030 sekali gus memacu aspirasi UiTM2030
28 Aug 2026 · Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak · 4 hits