Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 700 bahan ditemui
Hasil

700 rekod

61-80 daripada 700
Acara / Majlis / Program Artikel

Bicarawara Eksklusif: Menelusuri Strategi UiTM Bersama Naib Canselor

Bicarawara Strategi Siri 3 bertemakan "Melangkaui Kerelevanan UiTM: Pemacu Bumiputera Profesional, Capaian Bersama Universiti Unggul Berimpak Tinggi 2030" telah berlangsung pada 20 Julai 2026, jam 3.30 petang, secara langsung menerusi YouTube UiTM Channel, anjuran Pejabat Transformasi Universiti dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pejabat Komunikasi Strategik. Program ini bertujuan memperkenalkan Pelan Strategik UiTM 2030 kepada seluruh warga universiti serta berkongsi hala tuju strategik UiTM dalam melahirkan universiti yang berimpak tinggi, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Sesi tersebut menampilkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin bin Sahib, yang menekankan aspirasi UiTM untuk melangkaui kerelevanan dengan memberi fokus kepada impak terhadap masyarakat, pembangunan bakat, transformasi digital serta pemerkasaan Bumiputera melalui pendidikan menjelang tahun 2030.

20 Jul 2026 · Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) · 136 hits
Sejarah Artikel

M.I.T In Brief

Penerbitan ini mempunyai 14 cetakan muka surat memaparkan maklumat dan peranan awal MARA Institute of Technology atau M.I.T pada awal penubuhannya.

RIDA-Maktab MARA -ITM-UiTM · 1970 · ITM Jalan Othman · 92 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Langkah Strategik Korea-ASEAN: KADA Bakal Lahirkan Generasi Perintis AI Tempatan

Akademi Digital Korea-ASEAN (KADA) Malaysia telah dilancarkan secara rasmi melalui kerjasama strategik antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan agensi Korea Selatan (NIPA) bagi melahirkan bakat tempatan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan kemahiran digital. Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut diberi kepercayaan penuh sebagai institusi hos untuk melaksanakan program berprestij selama dua tahun ini bermula pada tahun 2026. Inisiatif berimpak tinggi ini amat penting bagi menyokong wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara AI menjelang tahun 2030 melalui pembentukan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

13 Jul 2026 · ANJUNG SERI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM · 92 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Penghargaan Buat Wira Negara: Tujuh Bekas Atlet Kebangsaan Diraikan Menerusi Tajaan Ibadah Umrah

Seramai tujuh orang bekas atlet negara telah menerima tajaan untuk menunaikan ibadah umrah menerusi Program Prihatin Atlet anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama pihak YAKEB, Ikhlas.com, dan MAIS serta Zalynz Patisserie. Program yang berlangsung pada 10 Julai 2026 di Bilik Seminar, Bahagian Arkib Universiti, UiTM ini merupakan satu inisiatif menghargai jasa bekas atlet negara melalui penyampaian tajaan umrah sebagai tanda penghormatan terhadap pengorbanan mereka mengharumkan nama Malaysia di persada sukan. Inisiatif murni ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka mengharumkan nama negara, di samping memastikan aspek kebajikan atlet pasca-persaraan terus terbela secara holistik. Selain itu, program ini juga membuka peluang keemasan kepada mahasiswa UiTM untuk berinteraksi dan menyelami realiti kehidupan bekas atlet bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya sistem sokongan sosial dalam arena sukan.

10 Jul 2026 · Bilik Seminar, Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam · 96 hits
Anugerah Artikel

Kejayaan Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dalam Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026

Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub mencatatkan kejayaan dalam pertandingan Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026 dengan meraih Juara Keseluruhan dan Pembentangan Terbaik. Pasukan yang terdiri daripada lima orang mahasiswa tersebut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,500. Mereka turut menerima tawaran penempatan latihan industri daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. selepas tamat pengajian. Dengan bimbingan pensyarah pengiring daripada MASMED UiTM Kampus Raub, pasukan tersebut berjaya mengetengahkan idea melalui Product Pitching, inovasi dan strategi pemasaran. Pencapaian ini mencerminkan keupayaan mahasiswa mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam situasi industri sebenar serta menyokong usaha UiTM meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Pengiktirafan · 8 Jul 2026 · UiTM Pahang Kampus Raub · 2 hits
Pusat Tanggungjawab Artikel

Kerjasama Teknologi Kelulut dan Pemerkasaan Komuniti FPA UiTM Cawangan Pahang Bersama Universitas Hasanuddin (UNHAS)

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bersama Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM Cawangan Pahang telah melaksanakan misi lawatan ilmu dan pemindahan teknologi lebah kelulut ke Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Indonesia dari 1 hingga 5 Julai 2026. Misi tersebut melibatkan 15 orang delegasi yang terdiri daripada warga akademik, pelajar dan tujuh wakil komuniti Taman Desa Jaya, Jengka yang mengusahakan projek penternakan kelulut melalui geran Sejati Madani dan inisiatif EduNexus UiTM Pahang. Program ini merangkumi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan kelulut, penuaian dan pemprosesan madu, pembungkusan serta strategi pemasaran. Misi tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan UNHAS bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan, pembangunan akademik dan pemindahan teknologi.

Fakulti/Akademi · 2 Jul 2026 · UiTM Cawangan Pahang · 0 hits
Acara/Majlis/Program Artikel

Komitmen Tanpa Kompromi: UiTM Perkukuh Integriti Menerusi Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor dan Jabatan Canseleri UiTM Shah Alam telah bekerjasama menganjurkan Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memperkukuh budaya integriti warga kerjanya. Kemuncak majlis tersebut menyaksikan lafaz dan pemeteraian IBR yang diketuai oleh Naib Canselor UiTM sebagai manifestasi komitmen menyeluruh universiti dalam menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah. Kerjasama strategik ini menzahirkan kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk memastikan kelestarian amalan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti, dan bebas penyelewengan.

2 Jul 2026 · DEWAN KONSERT SRI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM · 115 hits
Pemimpin Universiti Galeri

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melakar kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan kepimpinan mantap barisan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Bermula pada tahun 2005 dengan pelantikan Profesor Dr. Rahmat Moha...

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) · 2005 · 845 hits
Pemimpin Universiti Galeri

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Sejak penubuhannya, jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berwibawa. Mereka telah memainkan peranan penting dalam merancang serta melaksanakan pembangunan strategik unive...

Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa · 2001 · 691 hits
Pemimpin Universiti Galeri

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa melahirkan pemimpin unggul yang mendukung misi jaringan industri, komuniti & alumni. Dari tahun 2007 hingga kini, enam tokoh telah memacu UiTM dalam memperkukuh kerjasama strategik, memperluas jaringan keu...

Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa · 2007 · 1,414 hits
Pemimpin Universiti Galeri

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

Sejak penubuhannya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dipimpin oleh tokoh-tokoh hebat dalam bidang Hal Ehwal Pelajar yang berperanan besar membentuk kepimpinan mahasiswa dan mencorakkan landskap pembangunan pelajar. Barisan kepimpinan ini men...

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar · 2001 · 1,346 hits
Pemimpin Universiti Galeri

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Seiring dengan misi dan visi Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi sebuah institusi unggul bertaraf dunia, peranan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) amat penting dalam membentuk hala tuju akademik universiti, memperkukuh ...

Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa · 1999 · 2,537 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Peneraju UiTM Cawangan Pulau Pinang

UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melalui pelbagai fasa pembangunan dan pencapaian gemilang di bawah teraju kepimpinan yang berwawasan. Berikut adalah senarai Rektor yang telah menabur bakti dan memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju s...

Rektor Uitm · 1996 · 853 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Peneraju UiTM Cawangan Perak

Sepanjang sejarah penubuhannya, UiTM Cawangan Perak telah diterajui oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dan berjiwa besar. Mereka telah memainkan peranan penting dalam membawa institusi ini ke mercu kejayaan. Berikut adalah senarai Rektor yang telah b...

Rektor Uitm · 1984 · 517 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Peneraju UiTM Cawangan Terengganu

Sejarah panjang UiTM Cawangan Terengganu tidak dapat dipisahkan daripada barisan peneraju yang telah mengorak langkah memacu institusi ini ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi negara. Bermula sejak tahun 1975, setiap peneraju membawa visi dan m...

Rektor Uitm · 1975 · 440 hits