In line with efforts to strengthen the university's transformation agenda, the University Transformation Office, in collaboration with Tun Abdul Razak Library (PTAR) and the Strategic Communications Office, organized Strategic Dialogue Series 3 on 20 July 2026, broadcast live via YouTube UiTM Channel. The programme, which began at 3.30 pm, carried the theme "Beyond UiTM's Relevance: Driving Bumiputera Professionals, Shared Reach of a High-Impact Premier University 2030" as a platform to share the university's strategic direction ahead of the implementation of UiTM 2030.
The dialogue was moderated by Ms. Nur Hayati Saad, Assistant Vice-Chancellor (Strategy), who explained that the programme was among the initiatives to introduce the UiTM Strategic Plan 2030 to the entire university community prior to its scheduled launch in August 2026. She also expressed appreciation to university management, the University Executive Council and the Board of Directors for their support and approval of the strategic plan.
The main panellist was UiTM Vice-Chancellor, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin bin Sahib, who shared the university's aspirations and strategic direction in responding to changes in the higher education landscape, technological developments, industry needs and global challenges. He stressed that UiTM must not only remain relevant but must "go beyond relevance (beyond relevance)" by becoming a future-proof, resilient institution that is always ready for change, ensuring the university continues to excel as a driver of Bumiputera and national development.
He noted that UiTM’s founding history—from the RIDA Training Hall in 1956, evolving into Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) and ultimately Universiti Teknologi MARA (UiTM)—demonstrates the institution’s long-standing role in enabling Bumiputera social mobility through education. Over nearly seven decades, UiTM has produced more than 1.1 million graduates, making a substantial contribution to the country’s human capital development.
He explained that global change driven by the Fourth Industrial Revolution, artificial intelligence, data analytics, quantum computing and economic and geopolitical uncertainty requires UiTM to move faster and be prepared for multiple contingencies. Therefore, the UiTM Strategic Plan 2030 was formulated to ensure the university not only adapts to change but leads in creating greater impact for society, the nation and the world.
Commenting on the UiTM 2030 aspiration, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin said the new strategic plan emphasizes impact rather than achievements measured solely by processes or numbers. Whereas success was previously measured by indicators such as rankings, publication counts, research grants and the number of graduates, the focus now is on the extent to which UiTM generates meaningful change for individuals, communities, industry, the national economy and the global society.
He also affirmed that the aspiration of being a "High Impact Premier University" is not just a slogan but a shared commitment of the entire university community to ensure every initiative delivers tangible benefits to stakeholders. Key priorities include strengthening talent development, empowering research and innovation, improving organisational well-being, enhancing digital transformation, and producing graduates who are not only job seekers but also job creators.
In implementing UiTM 2030, he emphasized that success requires wholehearted ownership by the entire university community. Every staff member and student must understand, internalize and treat UiTM 2030 as a shared responsibility. At the same time, he acknowledged that each campus and faculty has different strengths, expertise and capacities, so implementation will not necessarily proceed at the same pace. Instead, all entities should move toward the same vision and goals while leveraging their respective strengths to achieve optimal impact.
He further explained that by 2030 UiTM’s success will be assessed across three main aspects: a transformation among the university community who truly embrace UiTM’s DNA, the empowerment of university systems and governance for greater effectiveness, and the impact felt by society through contributions from graduates, research, innovation and strategic industry partnerships.
Concluding the dialogue, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin urged all members of UiTM to jointly shoulder the responsibility of realising UiTM 2030. He believes that through solidarity, progressive leadership and the commitment of the university community, UiTM will continue to advance as a High-Impact Premier University that drives Bumiputera development, contributes to national progress and is respected internationally.
Sempena usaha memperkukuh agenda transformasi universiti, Pejabat Transformasi Universiti dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pejabat Komunikasi Strategik telah menganjurkan Bicarawara Strategi Siri 3 pada 20 Julai 2026 secara langsung menerusi YouTube UiTM Channel. Program yang bermula pada jam 3.30 petang ini mengangkat tema "Melangkaui Kerelevanan UiTM: Pemacu Bumiputera Profesional, Capaian Bersama Universiti Unggul Berimpak Tinggi 2030" sebagai platform perkongsian hala tuju strategik universiti menjelang pelaksanaan UiTM 2030.
Sesi bicarawara telah dikendalikan oleh Puan Nur Hayati Saad, Penolong Naib Canselor Strategi, yang memaklumkan bahawa program tersebut merupakan antara inisiatif memperkenalkan Pelan Strategik UiTM 2030 kepada seluruh warga universiti sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada Ogos 2026. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan universiti, Majlis Eksekutif Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti atas sokongan serta kelulusan terhadap pelan strategik berkenaan.
Menjadi panel utama program ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin bin Sahib, yang berkongsi aspirasi serta hala tuju strategik universiti dalam mendepani perubahan landskap pendidikan tinggi, perkembangan teknologi, keperluan industri dan cabaran global. Beliau menegaskan bahawa UiTM bukan sekadar perlu kekal relevan, malah harus melangkaui kerelevanan (beyond relevance) dengan menjadi institusi yang bersifat future-proof, berdaya tahan serta sentiasa bersedia menghadapi perubahan demi memastikan universiti terus unggul sebagai pemacu pembangunan Bumiputera dan negara.
Menurut beliau, sejarah penubuhan UiTM yang bermula sebagai Dewan Latihan RIDA pada tahun 1956, sebelum berkembang menjadi Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) dan akhirnya Universiti Teknologi MARA (UiTM), membuktikan bahawa institusi ini sentiasa memainkan peranan penting dalam memperkasa mobiliti sosial Bumiputera melalui pendidikan. Sepanjang hampir tujuh dekad penubuhannya, UiTM telah melahirkan lebih 1.1 juta graduan, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada pembangunan modal insan negara.
Beliau menjelaskan bahawa perubahan dunia yang dipacu oleh Revolusi Industri 4.0, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), analitik data, pengkomputeran kuantum serta ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global menuntut UiTM bergerak lebih pantas serta bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Justeru, Pelan Strategik UiTM 2030 dirangka bagi memastikan universiti bukan sahaja mampu menyesuaikan diri dengan perubahan, malah berada di barisan hadapan dalam mencipta impak yang lebih besar kepada masyarakat, negara dan dunia.
Mengulas mengenai aspirasi UiTM 2030, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin menjelaskan bahawa pelan strategik baharu ini memberi penekanan kepada impak berbanding pencapaian berasaskan proses atau angka semata-mata. Jika sebelum ini kejayaan diukur melalui indikator seperti kedudukan ranking, jumlah penerbitan, geran penyelidikan dan bilangan graduan, kini tumpuan diberikan kepada sejauh mana kewujudan UiTM mampu menghasilkan perubahan yang signifikan kepada individu, komuniti, industri, ekonomi negara dan masyarakat global.
Beliau turut menegaskan bahawa aspirasi "High Impact Premier University" bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi komitmen bersama seluruh warga universiti untuk memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan manfaat yang nyata kepada pemegang taruh. Antara fokus utama ialah memperkukuh pembangunan bakat, memperkasakan penyelidikan dan inovasi, meningkatkan kesejahteraan organisasi, memperkukuh transformasi digital, serta melahirkan graduan yang bukan sahaja menjadi pencari pekerjaan (job seeker), malah pencipta peluang pekerjaan (job creator).
Dalam menjayakan UiTM 2030, beliau menekankan bahawa kejayaan pelan strategik ini memerlukan penghayatan menyeluruh daripada seluruh warga universiti. Setiap staf dan pelajar perlu memahami, menjiwai serta menjadikan UiTM 2030 sebagai tanggungjawab bersama. Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa setiap kampus dan fakulti mempunyai kekuatan, kepakaran serta keupayaan yang berbeza, justeru pelaksanaan strategi tidak semestinya bergerak pada kadar yang sama. Sebaliknya, semua entiti perlu bergerak ke arah visi dan matlamat yang sama dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi menghasilkan impak yang optimum.
Beliau turut menjelaskan bahawa menjelang tahun 2030, kejayaan UiTM akan dinilai melalui tiga aspek utama, iaitu perubahan dalam kalangan warga universiti yang benar-benar menghayati DNA UiTM, pemerkasaan sistem dan tadbir urus universiti yang lebih berkesan serta impak yang dapat dirasai oleh masyarakat melalui sumbangan graduan, penyelidikan, inovasi dan kerjasama strategik bersama industri.
Mengakhiri sesi bicarawara, Profesor Datuk Ts. Dr. Syahrin menyeru seluruh warga UiTM agar bersama-sama menggalas amanah dalam merealisasikan UiTM 2030. Beliau percaya bahawa melalui semangat kebersamaan, kepimpinan yang progresif serta komitmen seluruh warga universiti, UiTM akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah Universiti Unggul Berimpak Tinggi yang menjadi pemacu pembangunan Bumiputera, penyumbang kepada kemajuan negara dan institusi yang dihormati di peringkat global.