At a time when the nation was striving to raise Bumiputera economic ownership from less than 2 percent to a target of 30 percent within two decades, ITM played a strategic role as a principal driver in realising that aspiration. Since its founding in 1956 as Dewan Latehan RIDA, the institution expanded rapidly into a centre of education offering a range of professional and semi‑professional programmes to meet national development needs.
By the early 1970s, ITM comprised 11 academic schools offering 49 programmes of study and had successfully produced 1,121 highly skilled graduates. English was used as the medium of instruction to ensure graduates possessed competitiveness at the national and international levels.
As the institution grew, a new campus began to be developed in Shah Alam, which at that time was planned as the capital of Selangor. Before the campus was fully completed at the end of 1973, ITM’s operations were conducted at three locations: Jalan Othman, Section 17 Petaling Jaya, and the buildings already in use at Shah Alam.
The new Shah Alam campus was designed as a modern residential education complex equipped with high‑standard facilities. These included Dewan Besar, indoor and outdoor sports complexes, a Computer Centre, a Demonstration Hall for the School of Hotel Management and Catering, a Central Library capable of accommodating 1,200 users at one time with a collection of up to 500,000 volumes, a circular lecture theatre with a capacity of 500, residential college facilities for 4,500 students and a Student Centre serving as the hub of student activity.
In addition to academic excellence, ITM placed emphasis on character development and the overall welfare of students. A variety of support services were provided including guidance and counselling, health services, sports and physical education, library services, religious guidance and catering facilities.
To ensure graduates were prepared for employment, ITM established the Unit Latihan Amali dan Penempatan Pekerjaan, which worked closely with the public and private sectors to provide industrial training and to assist students in obtaining job opportunities after graduation.
Campus life was further enriched by active student involvement in the Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA (KPITM), which maintained links with various national organisations including the Kesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. In addition, various academic associations, cultural societies and sports clubs were formed to cultivate leadership, volunteerism and student identity.
To ensure education was accessible to all segments of society, tuition fees were determined based on parents’ financial capability. Students in need were granted fee exemptions, monthly allowances and textbook loan facilities through Perkhidmatan Perpustakaan. This approach demonstrated that ITM was not only an educational institution but also a vehicle for social mobility, opening opportunities for Bumiputera to improve their living standards through knowledge.
The early history of ITM reveals an institution built on a spirit of empowering the nation and developing the country. From Dewan Latehan RIDA in 1956, ITM continued to grow into the leading university known today as Universiti Teknologi MARA (UiTM), remaining committed to producing quality graduates and contributing to Malaysia’s progress.
Ketika negara sedang berusaha meningkatkan pegangan ekonomi Bumiputera daripada kurang 2 peratus kepada sasaran 30 peratus dalam tempoh dua dekad, ITM memainkan peranan strategik sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi tersebut. Sejak diasaskan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA, institusi ini berkembang pesat menjadi sebuah pusat pendidikan yang menawarkan pelbagai program profesional dan separa profesional bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.
Pada awal tahun 1970-an, ITM telah mempunyai 11 buah sekolah akademik yang menawarkan 49 program pengajian di pelbagai bidang, serta berjaya melahirkan 1,121 graduan yang berkemahiran tinggi. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar bagi memastikan graduan memiliki daya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Seiring pertumbuhan institusi, sebuah kampus baharu mula dibangunkan di Shah Alam, yang ketika itu dirancang sebagai ibu negeri Selangor. Sebelum kampus tersebut siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1973, operasi ITM dijalankan di tiga lokasi iaitu Jalan Othman, Seksyen 17 Petaling Jaya dan bangunan yang telah mula digunakan di Shah Alam.
Kampus baharu Shah Alam dirancang sebagai sebuah kompleks pendidikan moden berkonsepkan kediaman penuh yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf tinggi. Antaranya ialah Dewan Besar, kompleks sukan tertutup dan terbuka, Pusat Komputer, Dewan Demonstrasi bagi Sekolah Pengurusan Hotel dan Katering, Perpustakaan Pusat yang mampu menempatkan 1,200 pengguna pada satu-satu masa serta koleksi sehingga 500,000 naskhah, dewan kuliah berbentuk bulat berkapasiti 500 orang, kemudahan kolej kediaman untuk 4,500 pelajar dan sebuah Pusat Pelajar yang menjadi nadi aktiviti mahasiswa.
Selain kecemerlangan akademik, ITM turut memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kesejahteraan pelajar secara menyeluruh. Pelbagai perkhidmatan sokongan disediakan termasuk bimbingan dan kaunseling, perkhidmatan kesihatan, sukan dan pendidikan jasmani, perkhidmatan perpustakaan, bimbingan agama serta kemudahan katering.
Bagi memastikan graduan bersedia memasuki alam pekerjaan, ITM menubuhkan Unit Latihan Amali dan Penempatan Pekerjaan yang bekerjasama rapat dengan sektor awam dan swasta dalam menyediakan latihan industri serta membantu pelajar memperoleh peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Kehidupan kampus turut diperkaya melalui penglibatan aktif pelajar dalam Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA (KPITM) yang mempunyai hubungan dengan pelbagai organisasi kebangsaan termasuk Kesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Di samping itu, pelbagai persatuan akademik, kebudayaan dan kelab sukan diwujudkan bagi membentuk kepimpinan, semangat kesukarelawanan dan jati diri mahasiswa.
Bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, kadar yuran pengajian ditentukan berdasarkan kemampuan kewangan ibu bapa. Pelajar yang memerlukan diberi pengecualian yuran, elaun bulanan serta kemudahan pinjaman buku teks melalui Perkhidmatan Perpustakaan. Pendekatan ini membuktikan bahawa ITM bukan sekadar institusi pendidikan, malah menjadi wadah mobiliti sosial yang membuka peluang kepada Bumiputera untuk mengubah taraf hidup melalui ilmu pengetahuan.
Sejarah awal ITM memperlihatkan sebuah institusi yang dibina atas semangat memperkasa bangsa dan membangunkan negara. Daripada sebuah Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956, ITM terus berkembang menjadi universiti terulung yang hari ini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM), kekal meneruskan legasi melahirkan graduan berkualiti serta menyumbang kepada kemajuan Malaysia.