Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali: Perginya Seorang Tokoh, Kekalnya Jasa Dan Legasi
Senarai rekod

Rekod Arkib

Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali: Perginya Seorang Tokoh, Kekalnya Jasa Dan Legasi

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026 merupakan satu kehilangan besar buat negara, khususnya atas jasa dan sumbangan beliau dalam bidang kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta kesejahteraan wanita dan keluarga. Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan penghargaan terhadap legasi dan keteladanan Allahyarhamah yang akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah serta khazanah bangsa, di samping merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga segala jasa dan bakti Allahyarhamah terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang serta mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026 merupakan satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam mengenang jasa dan sumbangan beliau sebagai antara doktor wanita Melayu terawal yang banyak menabur bakti dalam bidang kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta pembangunan kesejahteraan wanita dan keluarga.

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sentiasa menjunjung nilai ilmu, kepimpinan dan khidmat kepada masyarakat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas legasi dan teladan yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah, yang mencerminkan keteguhan prinsip, keprihatinan terhadap masyarakat serta kesungguhan dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Pemergian beliau bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan rakyat Malaysia, malah menjadi satu kehilangan kepada negara yang telah menerima manfaat daripada dedikasi serta sumbangan beliau sepanjang hayat.

Sesungguhnya, segala jasa dan bakti Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah serta khazanah bangsa, manakala nilai keteladanan yang ditinggalkan akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang, termasuk warga akademik dan mahasiswa UiTM dalam menghayati erti ilmu, perkhidmatan dan pengabdian kepada masyarakat.

Dengan penuh rasa dukacita, UiTM menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan yang amat berjasa ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya, melapangkan serta menerangi tempat persemadiannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. 

Al-Fatihah.