On 28 August 2026, a delegation from the Research, Industry, Community and Alumni Network Office (PJIM&A), UiTM Perak Branch, paid a courtesy visit to the Perak State Secretary’s Office (SUK). The session, held from 10:10 a.m. to 11:45 a.m., was chaired by YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, State Secretary of Perak. The UiTM Perak Branch delegation was led by YBrs. Associate Professor Dr Nur Hisham Ibrahim, Rector of UiTM Perak Branch, together with Professor Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Deputy Rector of PJIM&A, as well as coordinators, heads of academic centres and academic staff from UiTM Perak Branch.
YB Dato’ SUK reviewed UiTM Perak Branch’s brief presentation and welcomed its intention to strengthen research collaboration and expert services based on faculty niches and the expertise of its Research Groups (RGs), Research Interest Groups (RIGs) and Special Interest Groups (SIGs). In line with the Perak Sejahtera 2030 Vision, several areas of strategic collaboration between UiTM Perak Branch and the Perak State Government were highlighted for further consideration. These included empowering the SUK Sustainability Unit through academic expertise in sustainability management, environmental footprinting and state assets; developing strategic growth sectors encompassing the maritime industry through LuMIC, responsible mineral development including rare earth elements (REE), the blue economy, a batik, arts- and heritage-based orange economy, and a silver economy focusing on communities and age-friendly urban development; conducting research to identify and strengthen the state’s main GDP-contributing sectors, particularly the services sector; optimising the Perak State Command Centre as a platform for analytics and data-driven decision-making support; and strengthening future technology readiness through expertise in quantum computing, cybersecurity and digital data protection. In addition, collaboration was proposed to develop a pilot Green School framework for selected Islamic educational institutions in Perak, covering Quran and Fardu Ain Classes (KAFA) and State Government Religious Secondary Schools (SMAN) under the Perak Islamic Religious Department (JAIPk), in line with developments in knowledge and innovation, sustainability practices and current rating requirements.
The meeting opened up extensive opportunities for the unique expertise of UiTM Perak Branch to serve as a reference and resource for the Perak State Government. UiTM Perak Branch is committed to capitalising on these opportunities by mobilising the expertise of its academic community to help realise the Perak Sejahtera 2030 Vision, while advancing the UiTM2030 aspirations.
Pada 28 Ogos 2026, delegasi Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Sesi yang berlangsung dari 10.10 pagi hingga 11.45 pagi tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Delegasi UiTM Cawangan Perak diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim, Rektor UiTM Cawangan Perak, bersama Profesor Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Timbalan Rektor PJIM&A, serta barisan penyelaras, ketua pusat pengajian dan ahli akademik UiTM Cawangan Perak.
YB Dato’ SUK telah meneliti pembentangan ringkas UiTM Cawangan Perak dan menyambut baik hasrat untuk memperkukuh kolaborasi penyelidikan serta khidmat kepakaran berdasarkan niche fakulti dan kumpulan penyelidikan Research Group (RG), Research Interest Group (RIG) dan Special Interest Group (SIG). Seiring dengan Gagasan Perak Sejahtera 2030, beberapa ruang kerjasama strategik antara UiTM Cawangan Perak dengan Kerajaan Negeri Perak telah diketengahkan untuk diperhalusi. Antara bidang yang dikenal pasti ialah pemerkasaan Unit Lestari SUK melalui khidmat kepakaran akademia dalam pengurusan kelestarian, jejak alam sekitar dan aset negeri; pembangunan sektor pertumbuhan strategik meliputi industri maritim melalui LuMIC, pembangunan mineral termasuk unsur nadir bumi (REE) secara bertanggungjawab, ekonomi biru, ekonomi jingga berasaskan batik, seni dan warisan serta ekonomi silver yang memberi tumpuan kepada komuniti dan pembangunan bandar mesra usia; penyelidikan bagi mengenal pasti serta memperkukuh sektor utama penyumbang KDNK negeri, khususnya sektor perkhidmatan; pengoptimuman Command Centre Negeri Perak sebagai platform analitik dan sokongan pembuatan keputusan berasaskan data serta pengukuhan kesiapsiagaan teknolo gi masa hadapan melalui kepakaran dalam pengkomputeran kuantum, keselamatan siber dan perlindungan data digital. Selain itu, kerjasama turut dicadangkan dalam pembangunan kerangka rintis Sekolah Hijau bagi institusi pendidikan Islam terpilih di Negeri Perak, meliputi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri (SMAN) di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), selaras dengan perkembangan ilmu dan inovasi, amalan kelestarian serta keperluan penarafan semasa.
Pertemuan ini membuka ruang yang luas kepada kepakaran unik UiTM Cawangan Perak untuk dimanfaatkan sebagai sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri Perak. UiTM Cawangan Perak komited untuk merebut dan memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya dengan menggembleng kepakaran warga akademia bagi membantu merealisasikan Gagasan Perak Sejahtera 2030, sekali gus memacu aspirasi UiTM2030.