Rector of UiTM Terengganu Branch, Associate Professor Dr. Ermeey Abd. Kadir, received the Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) Honour in conjunction with the 64th Birthday Celebration of His Royal Highness the Sultan of Terengganu.
The Audience Ceremony and the Conferment Ceremony of Titles and State of Terengganu Orders and Decorations in conjunction with the 64th Birthday Celebration of His Royal Highness the Sultan of Terengganu took place at Balairong Seri, Istana Syarqiyyah.
Earlier, His Royal Highness the Regent of Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, entered the ceremony accompanied by Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja and Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.
His Royal Highness was received by the Menteri Besar of Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, the State Secretary of Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Member of the Terengganu Council of Regency and Chief of Protocol, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, and YB Dato’ Haji Mohd Yazid Haji Mustafa.
During the ceremony, His Royal Highness graciously conferred Titles and State of Terengganu Orders and Decorations on 128 recipients in recognition of their services, dedication and contributions to the community and the state of Terengganu. The conferment of the A.M.T. Honour on Associate Professor Dr. Ermeey Abd. Kadir was also a proud recognition for the UiTM community, particularly UiTM Terengganu Branch.
Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Profesor Madya Dr. Ermeey Abd. Kadir, telah menerima pengurniaan Bintang Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah.
Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, berangkat masuk ke majlis dengan diiringi Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.
Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu merangkap Ketua Istiadat, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, serta YB Dato’ Haji Mohd Yazid Haji Mustafa.
Dalam istiadat berkenaan, baginda berkenan mengurniakan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada 128 penerima sebagai pengiktirafan terhadap jasa, khidmat bakti dan sumbangan mereka kepada masyarakat serta negeri Terengganu. Pengurniaan Bintang Kebesaran A.M.T. kepada Profesor Madya Dr. Ermeey Abd. Kadir turut menjadi satu penghargaan yang membanggakan warga UiTM, khususnya UiTM Cawangan Terengganu.