UiTM Cawangan Pulau Pinang sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Komander Kesatria dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kejayaan ini lebih bermakna apabila pasukan Komander Kesatria berjaya mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan tahap disiplin, kekemasan, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang menjadi asas kecemerlangan pasukan.
Pencapaian ini merupakan hasil latihan intensif, dedikasi dan kesungguhan seluruh anggota pasukan dalam mengharumkan nama UiTM Cawangan Pulau Pinang di peringkat negeri. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga UiTMCPP, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada masa hadapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang atas pencapaian yang membanggakan ini.