Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026
Senarai rekod

Rekod Arkib

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 telah berlangsung pada 29 Ogos 2026 di UM Arena, Universiti Malaya, disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dengan menghimpunkan atlet, pegawai kontinjen, sukarelawan serta warga institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara. Penyertaan UiTM sebagai antara kontinjen terbesar adalah bagi mempertahankan kejuaraan, di samping memberi peluang kepada atlet mahasiswa menguji kemampuan, menimba pengalaman dan memperkukuh jaringan persahabatan melalui semangat kesukanan. Temasya SUKIPT 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 dengan UiTM menyasarkan pencapaian terbaik serta mempertahankan kedudukan sebagai kontinjen terbaik.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

The Opening Ceremony of the Higher Education Institutions Sports (SUKIPT) 2026 was held in a lively atmosphere at the UM Arena, University of Malaya, bringing together athletes, contingent officials, volunteers and members of higher education institutions from across the country. The opening ceremony was officiated by YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Minister of Higher Education, marking the official commencement of the SUKIPT 2026 games which are being held from 28 August to 6 September 2026.

UiTM’s participation in the games also saw the university contingent among the largest, coupled with a determination to defend UiTM’s position as champion. UiTM athletes’ involvement is not only focused on results and medal tallies, but also serves as a platform to test abilities, gain experience and develop the potential of student-athletes within the national sports arena. Besides the competitive aspect, SUKIPT 2026 also serves as a platform to strengthen bonds of brotherhood and friendship among athletes and members of higher education institutions, involving public universities, private institutions, polytechnics and community colleges.

Accordingly, all UiTM athletes are urged to deliver their best performances, uphold the spirit of sportsmanship and carry the university’s name with pride. May the UiTM contingent continue to achieve success and forge a new legacy while succeeding in defending its position as the top contingent of SUKIPT 2026.

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 berlangsung meriah di UM Arena, Universiti Malaya dengan menghimpunkan atlet, pegawai kontinjen, sukarelawan serta warga institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, sekali gus menandakan pembukaan rasmi temasya SUKIPT 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026.

Penyertaan UiTM dalam temasya ini turut menyaksikan kontinjen universiti antara kontinjen terbesar, selain tekad untuk mempertahankan kedudukan UiTM sebagai juara. Penyertaan atlet UiTM bukan sahaja berfokus kepada pencapaian dan kutipan pingat, malah menjadi platform untuk menguji kemampuan, menimba pengalaman serta mengembangkan potensi atlet mahasiswa dalam arena sukan negara. Selain aspek persaingan, SUKIPT 2026 turut menjadi wadah dalam memperkukuh jaringan ukhuwah dan persahabatan dalam kalangan atlet serta warga institusi pendidikan tinggi melibatkan universiti awam, institusi swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Sehubungan itu, seluruh atlet UiTM diseru agar memberikan aksi terbaik, menjunjung tinggi semangat kesukanan serta membawa nama universiti dengan penuh kebanggaan. Semoga kontinjen UiTM terus mencipta kejayaan dan legasi baharu serta berjaya mempertahankan kedudukan sebagai kontinjen terbaik SUKIPT 2026.