UiTM Penang Branch extends its highest appreciation and gratitude to YB Datuk Armizan Mohd Ali, Minister of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), for officiating the inauguration of the Smart Pantry Food Bank Siswa @ UiTMCPP through the Ihsan Food Bank Initiative (i-FB) Programme on 20 September 2026.
Appreciation is also extended to KPDN for its contributions, support and commitment to the success of this initiative. The Ihsan Food Bank Smart Pantry Programme, founded on three key elements, namely Community Care, Food Rescue and Environmental Stewardship, focuses on providing donated food and beverages to assist students in need. This initiative reflects KPDN’s concern for student welfare, particularly in helping to ease the burden of the cost of living.
The ceremony was also attended by YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Secretary-General of KPDN, KPDN’s senior management, invited guests and the programme’s strategic partners. Representing the management of UiTM Penang Branch were also Professor Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidi bin Razali, Rector, Dr. Ahmad Asri bin Abd. Samat, Assistant Rector for Student Affairs, Professor Hashim Fadzil bin Ariffin, Assistant Rector for Research, Industry, Community and Alumni Relations, Ts. Dr. Mohamad Azhar bin Mohd Noor, Assistant Rector of Bertam Campus, Mr. Mohd Yazed bin Abd. Razak, Senior Deputy Registrar, Ms. Nurkamarusyani binti Mohd Zain, Senior Deputy Bursar and Ms. Nor Azilawati binti Mohamad Azmi, Deputy Chief Librarian.
The programme included a visit to the Food Bank Siswa, the presentation of i-FB Grants to the Student Consumer Movement and state strategic partners, the signing of the inauguration plaque and the presentation of souvenirs. The Smart Pantry facility provides students with easier and more organised access to food, beverages and essential supplies. This initiative is expected to help reduce students’ financial burden, meet their daily needs and enable them to focus more effectively on their studies.
The strategic collaboration between UiTM Penang Branch and KPDN reflects a shared commitment to strengthening student welfare and well-being. May this initiative continue to benefit the campus community and support students’ ongoing excellence.
UiTM Cawangan Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), atas kesudian menyempurnakan perasmian Smart Pantry Food Bank Siswa @ UiTMCPP menerusi Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) pada 20 September 2026.
Penghargaan turut diberikan kepada KPDN atas sumbangan, sokongan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini. Program Ihsan Food Bank Smart Pantry yang berteraskan tiga elemen utama, iaitu Santuni Komuniti, Selamatkan Makanan dan Sayangi Alam, memberi tumpuan kepada penyediaan sumbangan barangan keperluan makanan dan minuman bagi membantu mahasiswa yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KPDN terhadap kebajikan mahasiswa, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, barisan pengurusan kanan KPDN, tetamu jemputan serta rakan strategik program. Turut hadir mewakili pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah Profesor Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidi bin Razali, Rektor, Dr. Ahmad Asri bin Abd. Samat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Hashim Fadzil bin Ariffin, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Ts. Dr. Mohamad Azhar bin Mohd Noor, Penolong Rektor Kampus Bertam, En. Mohd Yazed bin Abd. Razak, Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Nurkamarusyani binti Mohd Zain, Timbalan Bendahari Kanan dan Cik Nor Azilawati binti Mohamad Azmi, Timbalan Ketua Pustakawan.
Antara pengisian program termasuklah lawatan ke Food Bank Siswa, penyerahan Geran i-FB kepada Gerakan Pengguna Siswa dan rakan strategik negeri, menandatangani plak perasmian serta penyampaian cenderahati. Kemudahan Smart Pantry ini menyediakan akses yang lebih mudah dan tersusun kepada mahasiswa untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman dan barangan keperluan asas. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu mengurangkan beban kewangan pelajar, memenuhi keperluan harian serta membolehkan mereka memberikan tumpuan yang lebih baik terhadap pembelajaran.
Kerjasama strategik antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan KPDN mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa. Semoga inisiatif ini terus memberikan manfaat kepada warga kampus serta menyokong kecemerlangan mahasiswa secara berterusan.