Perasmian UiTM-Eco Grandeur Urban Community Living Lab (UCLL)
Senarai rekod

Perasmian

Perasmian UiTM-Eco Grandeur Urban Community Living Lab (UCLL)

15 Ogos 2026 UiTM Cawangan Selangor

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

UiTM Cawangan Selangor melalui Bahagian Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) telah memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama Paragon Pinnacle Sdn. Bhd. (Eco Grandeur) menerusi perasmian UiTM-Eco Grandeur Urban Community Living Lab (UCLL) di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam. Majlis yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, turut menyaksikan upacara menandatangani Surat Hasrat (LOI) antara UiTM Cawangan Selangor dan Eco Grandeur.

Bersempena dengan perasmian UCLL, Program Saringan Kesihatan ‘Komuniti Sihat, Komuniti Prihatin’ turut dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi dan Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai manifestasi komitmen UiTM terhadap kesejahteraan komuniti serta pembudayaan amalan kesihatan pencegahan. Program ini membuka ruang untuk kepakaran UiTM disalurkan secara langsung kepada masyarakat, sekali gus memberikan manfaat dan impak yang lebih dekat serta bermakna kepada komuniti.