UiTM diiktiraf Pusat Verifikasi Kualiti (Quality Verification Centre, QVC) oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
Senarai rekod

Rekod Arkib

UiTM diiktiraf Pusat Verifikasi Kualiti (Quality Verification Centre, QVC) oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan tinggi negara apabila menerima Kelulusan Penuh sebagai Pusat Verifikasi Kualiti (Quality Verification Centre, QVC) daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

This prestigious recognition reflects MQA’s confidence in UiTM’s ability to ensure academic standards that are high-quality, transparent and compliant with the Malaysian Qualifications Framework (MQF). More than an institutional accolade, this achievement embodies UiTM’s ongoing commitment to driving educational innovation and strengthening a lifelong learning ecosystem through the delivery of trusted and recognised micro-credentials.

As a Quality Verification Centre (QVC), UiTM is entrusted with the evaluation and validation of Short Accredited Micro-credential Courses (SAMC) offered by institutions, agencies and industry. This strategic role ensures that each course meets MQA’s prescribed quality standards for implementation, content and assessment of learning, thereby enhancing the credibility and reliability of micro-credentials in Malaysia.

Validated courses will be registered in the MQA Micro-credential Register, opening greater opportunities for students and the workforce to obtain formal recognition, enjoy more flexible learning mobility and progress to higher levels of study through the credit bank system. This trust demonstrates that UiTM remains at the forefront of supporting the national agenda to transform higher education into a more inclusive, responsive and industry-aligned system.

The implementation of the QVC also strengthens the nation’s aspiration to broaden access to higher education. The micro-credential approach creates pathways for school leavers, working individuals and those seeking to upskill to resume studies flexibly without being constrained by conventional education routes.

This recognition is not merely an institutional milestone but a manifestation of UiTM’s commitment to producing competitive graduates, empowering lifelong learning and supporting the development of national human capital prepared to face future economic and technological challenges.

UiTM continues to lead in excellence, enhance quality and shape the future of Malaysia’s higher education through innovation, reliability and world-class quality assurance.

Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan keyakinan MQA terhadap keupayaan UiTM dalam menjamin standard akademik yang berkualiti, telus dan menepati piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Lebih daripada sekadar pengiktirafan institusi, pencapaian ini menzahirkan komitmen berterusan UiTM dalam memacu inovasi pendidikan serta memperkasa ekosistem pembelajaran sepanjang hayat menerusi pelaksanaan micro-credentials yang diyakini dan diiktiraf.

Sebagai Pusat Verifikasi Kualiti (QVC), UiTM diberi amanah untuk menilai dan mengesahkan kursus Short Accredited Micro-credential Courses (SAMC) yang ditawarkan oleh institusi, agensi dan industri. Peranan strategik ini memastikan setiap kursus memenuhi standard kualiti pelaksanaan, kandungan serta penilaian pembelajaran yang ditetapkan oleh MQA, sekali gus meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan micro-credentials di Malaysia.

Malah, kursus yang berjaya disahkan akan didaftarkan dalam Daftar Micro-credential MQA, membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan tenaga kerja untuk memperoleh pengiktirafan rasmi, mobiliti pembelajaran yang lebih fleksibel serta laluan progresif ke peringkat pengajian yang lebih tinggi melalui sistem bank kredit. Kepercayaan ini membuktikan bahawa UiTM terus berada di barisan hadapan dalam mendukung agenda transformasi pendidikan tinggi negara yang lebih inklusif, responsif dan berteraskan keperluan industri.

Pelaksanaan QVC turut memperkukuh aspirasi negara dalam memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi. Pendekatan micro-credentials membuka ruang kepada lepasan sekolah, golongan bekerja dan individu yang ingin meningkatkan kemahiran untuk kembali menyambung pengajian secara fleksibel tanpa terikat kepada laluan pendidikan konvensional.

Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian institusi, malah menjadi manifestasi komitmen UiTM dalam melahirkan graduan berdaya saing, memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat serta menyokong pembangunan modal insan negara yang bersedia menghadapi cabaran ekonomi dan teknologi masa hadapan.

UiTM terus menerajui kecemerlangan, memperkasa kualiti dan membina masa depan pendidikan tinggi Malaysia melalui inovasi, kebolehpercayaan dan jaminan kualiti bertaraf global.