Mahasiswa UiTM Raih Pingat Gangsa di SUKMA XXI Selangor 2026
Senarai rekod

Rekod Arkib

Mahasiswa UiTM Raih Pingat Gangsa di SUKMA XXI Selangor 2026

Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan, pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, berjaya meraih Pingat Gangsa dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran (Endurance Race) dengan mewakili Negeri Terengganu di SUKMA XXI Selangor 2026 yang berlangsung pada 20 Ogos 2026.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

UiTM Terengganu Branch, Dungun Campus student Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan achieved an outstanding success by winning a Bronze Medal with the Terengganu E-Sports Squad in the Mixed Endurance Race at SUKMA XXII Selangor 2026, held from 15 to 24 August 2026.

Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan represented the State of Terengganu in the Racing Simulator event together with Aisy Amani Zikry, Nur Aqilah Najwa and Chloe Choo Kay Shyan. This achievement not only brought honour to the State of Terengganu but also made UiTM Terengganu Branch proud through its students’ participation in the electronic sports arena. Also contested in the E-Sports category were eFootball Mobile, Men’s and Women’s Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Honor of Kings and Street Fighter, featuring various competitive gaming disciplines in the electronic sports arena.

This achievement demonstrates that E-Sports has become one of the sporting fields capable of producing competitive athletes while providing students with opportunities to showcase their talent, skills and potential at the national level.

Mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan, mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Pingat Gangsa bersama Skuad E-Sport Terengganu dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran (Endurance Race) di SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.

Muhammad Haikal Irfan Muhammad Irwan bersama Aisy Amani Zikry, Nur Aqilah Najwa dan Chloe Choo Kay Shyan mewakili Negeri Terengganu dalam acara Racing Simulator. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Negeri Terengganu, malah turut membanggakan UiTM Cawangan Terengganu menerusi penyertaan mahasiswa dalam arena sukan elektronik. Turut dipertandingkan dalam kategori E-Sport ialah eFootball Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Lelaki dan Wanita, Honor of Kings serta Street Fighter, yang menampilkan pelbagai disiplin permainan kompetitif dalam arena sukan elektronik.

Pencapaian ini membuktikan bahawa E-Sport kini menjadi salah satu bidang sukan yang mampu melahirkan atlet berdaya saing serta membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat, kemahiran dan potensi mereka di peringkat kebangsaan.