Pelan Strategik UiTM2030
Senarai rekod

Rekod Arkib

Pelan Strategik UiTM2030

UiTM2030: Melakar Masa Depan, Menggerakkan Transformasi. Pelan Strategik UiTM2030 merupakan dokumen perancangan strategik universiti yang menggariskan fokus strategik, bidang impak utama serta inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh kecemerlangan institusi, meningkatkan daya saing universiti dan memperkasa pembangunan profesional Bumiputera.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

20 August 2026 became a significant milestone in the journey of Universiti Teknologi MARA. The launch of the UiTM2030 Strategic Plan for the period 2026 to 2030 was not merely the unveiling of a planning document, but a symbol of a shared resolve to shape a more excellent, dynamic and impactful future for the university.

The next five years will bring various challenges, changes and new opportunities. In confronting an increasingly complex higher education landscape, rapidly advancing technologies, and evolving national and societal demands, UiTM chooses to continue moving forward with a clear direction, structured strategies and shared aspirations.

UiTM2030 becomes the roadmap that unites the strengths of the entire university community. From the highest leadership to all members of UiTM, each individual has a role in driving this transformation agenda. Because UiTM’s future is not built by one person, but is shaped through unity of thought, strength of action and the commitment of all its members. This plan also reflects the conviction that transformation is not merely about change, but about the courage to create new value, reinforce excellence and build a more resilient institution.

The UiTM2030 Strategic Plan Launch Ceremony, held at 9.00 a.m., brought together the university’s senior leadership and the UiTM community to express a shared commitment to the university’s transformation agenda for the coming five years. The ceremony was attended by UiTM’s Pro-Chancellor, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, the Chairman of the University Board of Directors (LPU) UiTM, members of the University Board of Directors, YBhg. Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, the Vice-Chancellor of UiTM, the Vice-Chancellor of UiTM, the University Executive Management team, rectors, deans and UiTM staff.
20 Ogos 2026 menjadi titik penting dalam perjalanan Universiti Teknologi MARA. Pelancaran Pelan Strategik UiTM2030 bagi tempoh 2026 hingga 2030 bukan sekadar memperkenalkan sebuah dokumen perancangan, tetapi menjadi simbol tekad bersama untuk melakar masa depan universiti yang lebih unggul, dinamik dan berimpak.

Lima tahun mendatang membawa bersama pelbagai cabaran, perubahan dan peluang baharu. Dalam mendepani landskap pendidikan tinggi yang semakin kompleks, perkembangan teknologi yang pantas serta tuntutan negara dan masyarakat yang sentiasa berubah, UiTM memilih untuk terus bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang jelas, strategi yang tersusun dan aspirasi yang dikongsi bersama.

UiTM2030 menjadi peta perjalanan yang menyatukan kekuatan seluruh warga universiti. Daripada kepimpinan tertinggi hingga ke seluruh warga UiTM, setiap individu mempunyai peranan dalam menggerakkan agenda transformasi ini. Kerana masa depan UiTM tidak dibina oleh seorang, tetapi dicorakkan melalui kesatuan fikiran, kekuatan tindakan dan komitmen seluruh warganya. Pelan ini juga mencerminkan keyakinan bahawa transformasi bukan sekadar tentang perubahan, tetapi tentang keberanian untuk mencipta nilai baharu, memperkukuh kecemerlangan dan membina institusi yang lebih berdaya tahan.

Majlis Pelancaran Pelan Strategik UiTM2030 yang berlangsung pada jam 9.00 pagi menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi universiti serta warga UiTM dalam menyatakan komitmen bersama terhadap agenda transformasi universiti bagi tempoh lima tahun akan datang. Majlis tersebut dihadiri oleh Pro-Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM, Naib Canselor UiTM, barisan Pengurusan Eksekutif Universiti, Rektor-rektor, Dekan-dekan serta warga UiTM.