Mahasiswa UiTM raih dua anugerah utama 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition di Shanghai, China
Senarai rekod

Rekod Arkib

Mahasiswa UiTM raih dua anugerah utama 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition di Shanghai, China

Kunjungan Hormat Pensyarah dan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam kepada Naib Canselor UiTM telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Pejabat Naib Canselor. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan pencapaian pelajar yang berjaya meraih dua anugerah utama sebagai pemenang tempat pertama dalam dua kategori di pertandingan antarabangsa 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition di Shanghai, China.

Students of the Bachelor of Graphic Design programme, Faculty of Fine Arts and Design (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor Branch, Puncak Alam Campus, once again brought honour to the university and the nation by achieving a proud success on the international stage through participation in the 2026 China Creative Challenge: Time‑Honored Brand China‑Chic Innovation Design Competition held in Shanghai, China.

In the prestigious competition, UiTM students won two top awards as first‑place winners in two competition categories, thereby demonstrating the excellence of UiTM students' creativity, innovation and design skills at the global level.

The two design categories won were for the creations ‘Maxxam Toothpaste’ in the Product Innovation and Sustainable Packaging Design category, and ‘Shanghai Brand Coffee’ in the Creative Integration of Urban Heritage and Modern Coffee Culture category. This achievement demonstrates the students' ability to combine elements of creativity, cultural value, innovation and design approaches aligned with current industry needs.

The international competition, organised by East China University of Science and Technology (ECUST), is a prestigious platform that brings together entries from various higher education institutions worldwide. The 2026 edition saw fierce competition with 7,646 entries from 642 international universities, including participants from UiTM, Malaysia and Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Singapore.

This success proves that UiTM Graphic Design students possess extraordinary talent and capability in producing creative works capable of competing internationally. The recognition received not only reflects the students' academic excellence and creativity, but also strengthens UiTM's reputation as a higher education institution that produces competitive, innovative and world‑class graduates.

The entire UiTM community extends its highest congratulations and appreciation to the students and lecturers of the Bachelor of Graphic Design programme, Faculty of Fine Arts and Design, UiTM Selangor Branch, Puncak Alam Campus for this very proud achievement. May this accomplishment inspire the university community to continue creating excellence and to elevate UiTM's name on the international stage.

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam sekali lagi mengharumkan nama universiti dan negara apabila berjaya mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa menerusi penyertaan dalam 2026 China Creative Challenge: Time-Honored Brand China-Chic Innovation Design Competition yang berlangsung di Shanghai, China.

Dalam pertandingan berprestij tersebut, pelajar UiTM berjaya meraih dua anugerah utama sebagai pemenang tempat pertama bagi dua kategori pertandingan, sekali gus membuktikan keunggulan kreativiti, inovasi dan kemahiran reka bentuk pelajar UiTM di peringkat global.

Dua kategori reka bentuk yang berjaya dimenangi adalah melalui penghasilan karya bagi ‘Maxxam Toothpaste’ dalam kategori Inovasi Produk dan Reka Bentuk Pembungkusan Lestari, serta ‘Shanghai Brand Coffee’ dalam kategori Integrasi Kreatif Warisan Bandar dan Budaya Kopi Moden. Pencapaian ini memperlihatkan keupayaan pelajar dalam menggabungkan elemen kreativiti, nilai budaya, inovasi serta pendekatan reka bentuk yang selari dengan keperluan industri semasa.

Pertandingan antarabangsa yang dianjurkan oleh East China University of Science and Technology (ECUST) ini merupakan sebuah platform berprestij yang menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi seluruh dunia. Edisi tahun 2026 menyaksikan persaingan sengit dengan sebanyak 7,646 penyertaan daripada 642 universiti antarabangsa, termasuk penyertaan daripada UiTM, Malaysia dan Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Singapura.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Reka Bentuk Grafik UiTM memiliki bakat dan keupayaan luar biasa dalam menghasilkan karya kreatif yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan yang diterima bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik dan kreativiti pelajar, malah turut memperkukuhkan reputasi UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan graduan berdaya saing, inovatif dan bertaraf dunia.

Seluruh warga UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pelajar serta pensyarah Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada warga universiti untuk terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama UiTM di persada antarabangsa.