UiTM Perak Juara Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3
Senarai rekod

Rekod Arkib

UiTM Perak Juara Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3

UiTM Cawangan Perak muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3 2026 selepas menewaskan City University menerusi penentuan penalti, sekali gus mengukuhkan kecemerlangan sukan dan pembangunan bakat atlet universiti.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

UiTM Branch of Perak achieved an outstanding success by emerging as champions of the 2026 Division 3 IPT Football League Championship after defeating City University 5–4 in a penalty shootout in the final held at Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, on 16 August 2026. Held from 9 to 16 August, the championship brought together 14 higher education institution teams from across the country to compete for the Division 3 title.

UiTM Branch of Perak recorded an excellent performance throughout the championship, securing a 4–1 victory over TAR UMT and a 3–0 victory over INTEC in the group stage. In the knockout stage, the team continued its strong performance by defeating KPTM Kota Bharu 4–0 in the quarter-final before overcoming UniMAP 3–2 in the semi-final to advance to the final.

This achievement enabled UiTM Branch of Perak to take home RM5,000 in prize money and marked an important milestone in the development and excellence of university sports, particularly in football. The success also demonstrated UiTM Branch of Perak’s commitment to developing athlete talent through systematic training, coaching leadership and team spirit.

UiTM Cawangan Perak mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3 2026 selepas menewaskan City University dengan keputusan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 16 Ogos 2026. Kejohanan yang berlangsung dari 9 hingga 16 Ogos itu menghimpunkan 14 pasukan institusi pengajian tinggi dari seluruh negara bagi merebut gelaran juara Divisyen 3.

UiTM Cawangan Perak mencatat prestasi cemerlang sepanjang kejohanan apabila merekodkan kemenangan 4-1 ke atas TAR UMT dan 3-0 ke atas INTEC pada peringkat kumpulan. Dalam peringkat kalah mati, pasukan meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan KPTM Kota Bharu 4-0 pada suku akhir sebelum mengatasi UniMAP dengan keputusan 3-2 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir.

Kejayaan tersebut melayakkan UiTM Cawangan Perak membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM5,000 dan menjadi salah satu pencapaian penting dalam perkembangan serta kecemerlangan sukan universiti, khususnya dalam arena bola sepak. Kejayaan ini turut memperlihatkan komitmen UiTM Cawangan Perak dalam pembangunan bakat atlet melalui latihan yang sistematik, kepimpinan kejurulatihan dan semangat berpasukan.