ITM Secara Ringkas 1972
Senarai rekod

Rekod Arkib

ITM Secara Ringkas 1972

Penerbitan unik terbitan 1972 berusia lebih 50 tahun dalam tulisan Jawi lama sepenuhnya dengan 14 halaman muka surat.

Naskhah bersejarah ini membawa kembali ke era Institut Teknologi MARA (ITM) — ketika pertumbuhan institusi dapat dilihat melalui pertambahan pelajar, perkembangan bidang pengajian serta usaha memperkukuh kemudahan pendidikan.

Antara catatan yang dapat dijejaki ialah perkembangan ITM sekitar 1972 dan 1973, termasuk fakta berkenaan penubuhan ITM dalam memenuhi aspirasi pendidikan dan pembangunan anak bangsa ketika itu. Lebih menarik, penerbitan ini menggunakan sepenuhnya tulisan Jawi, menjadikannya bukan sahaja sumber maklumat tentang ITM, malah memperlihatkan gaya penerbitan, bahasa dan budaya dokumentasi pada zamannya.