Wacana Dinamika Bumiputera sempena Ulang tahun ke-27 UiTM
Senarai rekod

Rekod Arkib

Wacana Dinamika Bumiputera sempena Ulang tahun ke-27 UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Wacana Dinamika Bumiputera pada tahun 2026 di Anjung Seri Budiman UiTM bagi membincangkan hala tuju pembangunan Bumiputera sempena ulang tahun ke-27 UiTM sebagai sebuah universiti dan tujuh dekad legasinya. Wacana bertemakan “Menjulang Bumiputera, Mengakar Tradisi, Meneraju Global” ini menghimpunkan tokoh akademik, alumni, industri dan komuniti untuk memperkukuh bakat, jati diri, keusahawanan, mobiliti sosial dan daya saing Bumiputera selaras dengan aspirasi UiTM 2030.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Bumiputera Dynamics Discourse: Uplifting Bumiputera, Rooting Tradition, Leading Globally

Universiti Teknologi MARA (UiTM) organised the Bumiputera Dynamics Discourse in conjunction with UiTM’s 27th anniversary as a university and to celebrate the institution’s seven-decade legacy, from Dewan Latihan RIDA, Maktab MARA and Institut Teknologi MARA (ITM) to UiTM. The discourse, themed “Uplifting Bumiputera, Rooting Tradition, Leading Globally”, convened academics, alumni, industry and community stakeholders to discuss a more dynamic, competitive and globally minded path for Bumiputera development.

The discussions emphasised three main agendas: uplifting Bumiputera talent, rooting tradition, and leading globally. These three agendas are viewed as a continuum to empower talent, strengthen identity and heritage, and enhance Bumiputera competitiveness in meeting global demands. This approach is also aligned with the UiTM Strategic Plan 2030, particularly in developing an ecosystem grounded in nurturing wisdom and empowering impact.

A key point raised was the need for UiTM to expand its role beyond producing professionals to shaping Bumiputera leaders, technocrats and bureaucrats who possess integrity, competitiveness and a strong sense of identity. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah also emphasized the importance of education that fosters discipline, integrity, manners and religious commitment, while nurturing an entrepreneurial mindset among graduates.

The discourse also promoted the concept of a “living lab of prosperity”, an effort to link the campus with the local economy and community needs through lecturer and student engagement in entrepreneurship, local products and social enterprise projects. This approach has the potential to strengthen Bumiputera social mobility by bringing university knowledge and expertise closer to the community.

In addition, the role of alumni was highlighted through the concept of the “extended university”, with alumni seen as a strategic asset capable of connecting the university, industry, government and society. Alumni networks should be measured not merely by graduate numbers but by the impact they have on national and societal development.

Overall, the Bumiputera Dynamics Discourse asserted that Bumiputera development must be pursued comprehensively by integrating education, leadership, entrepreneurship, values and identity, alumni networks and collaboration with industry and community. The discourse served not only as a platform for sharing experiences but also as a space to formulate new ideas and strategies that can contribute to UiTM’s direction and the development of the Bumiputera in facing global challenges.

Wacana Dinamika Bumiputera: Menjulang Bumiputera, Mengakar Tradisi, Meneraju Global

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Wacana Dinamika Bumiputera bersempena dengan ulang tahun ke-27 UiTM sebagai sebuah universiti serta meraikan tujuh dekad legasi institusi bermula daripada Dewan Latihan RIDA, Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) sehingga UiTM. Wacana bertemakan “Menjulang Bumiputera, Mengakar Tradisi, Meneraju Global” menghimpunkan tokoh akademik, alumni, industri dan komuniti bagi membincangkan hala tuju pembangunan Bumiputera yang lebih dinamik, berdaya saing dan berpandangan global.

Perbincangan memberi penekanan kepada tiga agenda utama, iaitu menjulang bakat Bumiputera, mengakar tradisi serta meneraju global. Ketiga-tiga agenda tersebut dilihat sebagai kesinambungan dalam memperkasa bakat, memperkukuh jati diri dan warisan serta meningkatkan daya saing Bumiputera dalam menghadapi tuntutan global. Pendekatan ini juga diselaraskan dengan aspirasi Pelan Strategik UiTM 2030, khususnya dalam membangunkan ekosistem yang berteraskan nurturing wisdom dan empowering impact.

Antara perkara penting yang diketengahkan ialah keperluan UiTM memperluas peranan daripada sekadar melahirkan tenaga profesional kepada pembentukan pemimpin, teknokrat dan birokrat Bumiputera yang berintegriti, berdaya saing dan mempunyai jati diri. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah turut menekankan kepentingan pendidikan yang membentuk disiplin, integriti, adab dan pegangan agama, di samping memupuk minda keusahawanan dalam kalangan graduan.

Wacana turut mengangkat gagasan “living lab kemakmuran”, iaitu usaha menghubungkan kampus dengan ekonomi dan keperluan komuniti setempat melalui penglibatan pensyarah dan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan, produk tempatan serta projek keusahawanan sosial. Pendekatan ini berpotensi memperkukuh mobiliti sosial Bumiputera dengan menjadikan ilmu dan kepakaran universiti lebih dekat dengan masyarakat.

Selain itu, peranan alumni turut diberikan perhatian melalui gagasan “extended university”, dengan alumni dilihat sebagai aset strategik yang dapat menghubungkan universiti, industri, kerajaan dan masyarakat. Jaringan alumni bukan sekadar diukur berdasarkan jumlah graduan, tetapi melalui impak yang diberikan kepada pembangunan bangsa, negara dan masyarakat.

Secara keseluruhannya, Wacana Dinamika Bumiputera menegaskan bahawa pembangunan Bumiputera perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan menggabungkan pendidikan, kepimpinan, keusahawanan, nilai dan jati diri, jaringan alumni serta kolaborasi industri dan komuniti. Wacana ini bukan sekadar platform perkongsian pengalaman, malah menjadi ruang untuk membentuk gagasan dan strategi baharu yang boleh menyumbang kepada hala tuju UiTM serta pembangunan Bumiputera dalam mendepani cabaran global.