Prospektus Institiut Teknologi MARA 1977/1978
Senarai rekod

Rekod Arkib

Prospektus Institiut Teknologi MARA 1977/1978

Penerbitan berusia 49 tahun ini menyiarkan sejarah penubuhan kajian, bahagian dan pentadbiran utama ITM ketika tahun 1977/78 dalam cetakan 328 halaman muka surat. Mempunyai muka hadapan berwarna hijau terang yang sangat signifikan dengan ITM pada era itu.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

This document became the administrative core and primary reference of Institut Teknologi MARA (ITM), compiling important dates and serving as a symbol of ITM’s commitment to building an organized, progressive and reputable higher education system.

With 328 pages, this publication documents the journey of an institution undergoing rapid growth as a catalyst for the development of Bumiputera human capital. Beginning with Akta Institut Teknologi MARA 1976, it demonstrates the legal foundation that reinforced ITM’s position as a national higher education institution.

Each page records the administrative structure, the list of ITM Council members, and the administrative and academic staff who formed the backbone of the institution’s excellence. Also compiled are the academic calendar, admission requirements for various diploma, advanced diploma and degree programmes, tuition fees, financial assistance, student facilities and the regulations that shaped campus life in that era.

The document also reflects the breadth of disciplines offered by ITM at the end of the 1970s, including fields such as Engineering, Accounting, Administration and Law, Business and Management, Hotel Management, Applied Sciences, Architecture, Fine Arts and Design, Mathematical and Computer Sciences, Secretarial Sciences, Library Science, the Language Centre, MEDEC, Economic Studies, as well as off‑campus programmes that expanded access to education nationwide.

It also records the development of branch campuses in Perlis, Terengganu, Sabah and Sarawak, demonstrating ITM’s commitment to delivering quality education from the Peninsula to Borneo. The presence of Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) in this publication highlights the library’s role as a centre of knowledge supporting academic excellence since its early establishment.

Notably, the document includes Akta Institusi-Institusi Pelajaran Tinggi (Tatatertib) 1976, student services information and details of the Persatuan Bekas Siswa/Siswi ITM (MITCA), making it a comprehensive reference on ITM’s higher education ecosystem at that time.

Today, after nearly five decades, this publication records the policies, organizational structure, academic developments and aspirations of an institution that ultimately evolved into Universiti Teknologi MARA (UiTM). Each page bears witness to the transformation of the nation’s education, showing that history is not merely to be remembered but to serve as a guide for building the future.

Dokumen ini menjadi nadi pentadbiran dan rujukan utama Institut Teknologi MARA (ITM) yang menghimpunkan tarikh penting, malah menjadi lambang komitmen ITM dalam membina sistem pendidikan tinggi yang tersusun, progresif dan berwibawa.

Denagn 328 halaman, penerbitan ini mendokumentasikan perjalanan sebuah institusi yang sedang berkembang pesat sebagai pemangkin pembangunan modal insan Bumiputera. Bermula dengan Akta Institut Teknologi MARA 1976, ia memperlihatkan asas perundangan yang mengukuhkan kedudukan ITM sebagai institusi pendidikan tinggi negara.

Setiap halaman merakam struktur pentadbiran, senarai Ahli-ahli Majlis ITM, kakitangan pentadbiran dan ilmiah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan institusi. Turut dihimpunkan ialah kalendar akademik, syarat kemasukan pelbagai program diploma, diploma lanjutan dan ijazah, yuran pengajian, bantuan kewangan, kemudahan pelajar serta peraturan yang membentuk kehidupan kampus pada era tersebut.

Dokumen ini turut menjadi cerminan keluasan bidang ilmu yang ditawarkan ITM pada penghujung dekad 1970-an. Antaranya merangkumi bidang Kejuruteraan, Perakaunan, Pentadbiran dan Undang-Undang, Perniagaan dan Pengurusan, Pengurusan Hotel, Sains Gunaan, Senibina, Senilukis dan Senireka, Sains Hisab dan Komputa, Sains Kesetiausahaan, Sains Perpustakaan, Pusat Bahasa, MEDEC, Pengajian Ekonomi serta program luar kampus yang memperluaskan akses pendidikan ke seluruh negara.

Turut direkodkan ialah perkembangan kampus cawangan di Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak, membuktikan komitmen ITM membawa pendidikan berkualiti merentasi Semenanjung hingga ke Borneo. Kehadiran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam penerbitan ini pula memperlihatkan peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang menyokong kecemerlangan akademik sejak awal penubuhannya.

Lebih istimewa, dokumen ini turut memuatkan Akta Institusi-Institusi Pelajaran Tinggi (Tatatertib) 1976, perkhidmatan pelajar serta maklumat Persatuan Bekas Siswa/Siswi ITM (MITCA), menjadikannya sebuah rujukan menyeluruh mengenai ekosistem pendidikan tinggi ITM ketika itu.

Hari ini, selepas hampir lima dekad, penerbitan ini merakamkan dasar, struktur organisasi, perkembangan akademik serta aspirasi sebuah institusi yang akhirnya berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Setiap helaian menjadi saksi perjalanan transformasi pendidikan negara, membuktikan bahawa sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi menjadi panduan dalam membina masa hadapan.