Kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan di UiTM Cawangan Selangor disemarakkan dengan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak yang menampilkan Wacana Merdeka: Erti Kemerdekaan Dalam Pemugaran Etos Bangsa dan Negara, disampaikan oleh YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di UiTM. Sesi yang dikendalikan oleh Profesor Dr Ismie Roha Mohd Jais, Penolong Naib Canselor Komunikasi Strategik UiTM ini mengetengahkan penghayatan kemerdekaan sebagai landasan dalam memperkukuh jati diri, membina kesedaran kebangsaan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kampus.
Pengisian ini menjadi ruang untuk warga UiTM menghayati makna kemerdekaan dari perspektif etos bangsa dan negara, di samping menyuburkan rasa cinta akan tanah air serta semangat kebersamaan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan atas perkongsian ilmu yang bermakna serta kepada seluruh warga yang hadir secara fizikal mahupun dalam talian atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 UiTM Cawangan Selangor.