The sporting legacy of Universiti Teknologi MARA (UiTM) was further enriched by Mohamad Aniq bin Kasdan, a national weightlifter who is also a Bachelor of Sports Science student (SR241) at the Faculty of Sports Science and Recreation, UiTM. He achieved a proud milestone by winning the gold medal in the 60kg weightlifting event at the Glasgow 2026 Commonwealth Games on 26 July 2026, thereby delivering the first gold medal for the Malaysian contingent at the prestigious Games.
Mohamad Aniq demonstrated exceptional strength, discipline and mental resilience, recording a total lift of 273 kilograms and successfully defending the title he won in Birmingham 2022. This success on the international stage marks another significant milestone in his career as a national athlete, bringing honour to Malaysia and UiTM on the podium.
More than a medal, this achievement becomes part of the institution’s memory, recording the ability of UiTM students to achieve excellence across fields. Behind the 273-kilogram total lie stories of training, sacrifice, persistence and the fighting spirit of a student balancing academic demands with commitments as a high‑performing national athlete.
Mohamad Aniq Kasdan’s success in Glasgow 2026 also highlights UiTM’s contribution to national sports development and the continuation of the university’s tradition of excellence on the international stage. The moment the Jalur Gemilang was hoisted in celebration of his achievement not only became a source of pride for Malaysia, but also added a meaningful chapter to UiTM’s historical record.
The return of this national hero was celebrated at the Welcome Home Heroes ceremony at KLIA by the Vice‑Chancellor of Universiti Teknologi MARA (UiTM), Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, the Dean of the Faculty of Sports Science and Recreation, Universiti Teknologi MARA (UiTM), YM Professor Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, and the Senior Deputy Director of the UiTM Sports Centre as an expression of appreciation for the achievement that has brought distinction to Malaysia, UiTM and the FSR on the international stage.
Sejarah kecemerlangan sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus diperkaya dengan kejayaan Mohamad Aniq bin Kasdan, atlet angkat berat negara yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Sukan (SR241), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM. Beliau mencipta pencapaian membanggakan apabila meraih pingat emas dalam acara angkat berat kategori 60kg pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada 26 Julai 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam temasya berprestij tersebut.
Mohamad Aniq mempamerkan kekuatan, disiplin dan ketahanan mental yang tinggi dengan mencatat jumlah angkatan keseluruhan sebanyak 273 kilogram dan berjaya mempertahankan gelaran juara yang dimenanginya di Birmingham 2022. Kejayaan di pentas antarabangsa ini menjadi satu lagi catatan penting dalam perjalanan beliau sebagai atlet negara, di samping membawa nama Malaysia dan UiTM ke podium kejayaan
Lebih daripada sebuah pingat, pencapaian ini menjadi sebahagian daripada memori institusi yang merakam keupayaan mahasiswa UiTM mencipta kecemerlangan merentasi bidang. Di sebalik angkatan 273 kilogram tersimpan kisah latihan, pengorbanan, ketekunan dan semangat juang seorang mahasiswa yang mengimbangi tuntutan pendidikan dengan komitmen sebagai atlet berprestasi tinggi negara.
Kejayaan Mohamad Aniq Kasdan di Glasgow 2026 turut memperlihatkan sumbangan warga UiTM dalam pembangunan sukan negara serta kesinambungan tradisi kecemerlangan universiti di persada antarabangsa. Detik Jalur Gemilang dikibarkan atas kejayaan beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan Malaysia, malah meninggalkan satu lembaran bermakna dalam khazanah sejarah UiTM.
Kepulangan wira negara ini diraikan dalam Majlis Welcome Home Heroes di KLIA oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), YM Profesor Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, serta Pengurusan Pusat Sukan UiTM sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia, UiTM dan Fakulti Sains Sukan di pentas antarabangsa.