Anugerah Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajaran Malaysia ke-9
Pada Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajaran Malaysia ke-9 yang bertemakan “Talent as Economic Infrastructure for Malaysia’s AI and Digital Economy”, tokoh akademik, pemimpin industri dan penggubal dasar berhimpun bagi membincangkan peranan bakat dalam memperkukuh ekonomi digital dan kecerdasan buatan negara. Ucap tama disampaikan oleh Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi yang menekankan kepentingan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan berani berinovasi. Dalam majlis yang sama, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin telah menerima The Malaysian Outstanding Education Icon Leadership Excellence Award 2026 sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta sumbangan beliau dalam memartabatkan pendidikan negara. Anugerah tersebut disampaikan sempena 9th Malaysian Education & Learning Summit 2026 yang berlangsung pada 16 April 2026 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.
16 Apr 2026 · The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Malaysia · 245 hits