Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan misi nanosatelit UiTMSAT-2, satelit kolaborasi pertama ASEAN yang dibangunkan di bawah projek ASEANSAT, sekali gus mengukuhkan kedudukan UiTM sebagai peneraju teknologi angkasa universiti di rantau Asia Tenggara.
UiTMSAT-2 merupakan satelit CubeSat 1U seberat kira-kira 1.10-kilogram dengan dimensi 10 × 10 × 11.35 sentimeter yang beroperasi di Low Earth Orbit (LEO) pada ketinggian 380–400 kilometer. Satelit ini menggunakan jalur frekuensi VHF-UHF amateur radio dan membawa misi utama kamera pemerhatian bumi serta misi sekunder internet benda berasaskan angkasa (space-based Internet-of-Thing) bagi penghantaran data penderia dari kawasan terpencil yang tidak mempunyai rangkaian sambungan darat. Pelancaran UiTMSAT-2 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah dilaksanakan pada 26 Oktober 2025 jam 8.00 pagi waktu Malaysia menggunakan roket H3 F7 oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dari Tanegashima Space Center, Jepun, sebelum kenderaan HTV-X berlabuh di ISS pada 30 Oktober 2025. Satelit ini dijadualkan dilepaskan ke orbit melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD) pada 3 Februari 2026.
Pembangunan UiTMSAT-2 bermula sejak Februari 2021 dengan pembentukan model kejuruteraan (Engineering Model) di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM yang melibatkan proses perolehan komponen, reka bentuk papan litar, integrasi subsistem dan pengujian fungsi. Ujian getaran dan keserasian elektromagnet (EMC) telah dilaksanakan di fasiliti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, manakala pembangunan Flight Model (FM) diteruskan di Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun pada tahun 2024-2025, termasuk integrasi panel solar dan ujian persekitaran angkasa seperti Thermal Vacuum Test, Antenna Deployment Test, Communication Test, dan Fit Check Test.

Ketua projek Dr Fatimah Zaharah Ali yang juga Pensyarah Fakulti Kejuteraan Elektrik (FKE) UiTM memberi penerangan kepada hadirin berkenaan UiTMSAT-2 merupakan satelit nano jenis CubeSat 1U seberat 1.1 kilogram yang dilepaskan melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD). Projek UiTMSAT-2 membawa misi utama kamera pemerhatian bumi serta misi sekunder Internet benda berasaskan angkasa. Ia bertujuan untuk penghantaran data penderia dari kawasan terpencil yang tidak mempunyai rangkaian sambungan darat (bumi) dan menggunakan jalur frekuensi VHF-UHF radio amatur.
Projek UiTMSAT-2 diterajui oleh UiTM sebagai institusi utama (Lead Institution) dengan kolaborasi strategik bersama University of Perpetual Help System DALTA (Filipina), King Mongkut’s University of Technology North Bangkok (Thailand) serta Kyutech, Jepun sebagai penyokong teknikal. Pembiayaan projek disumbangkan oleh MOSTI melalui Dana ICF sebanyak RM500,000, UiTM melalui Dana SRP, serta sumbangan kewangan rakan kolaborasi antarabangsa.
Majlis Pelepasan UiTMSAT-2 berlangsung di Aras 7 Bangunan Canseleri UiTM yang dihadiri YBhg. Naib Canselor, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan barisan Pengurusan Kanan Universiti.
Kemudahan pembangunan satelit UiTM melibatkan Satellite Integration Laboratory di Fakulti Kejuruteraan Elektrik serta UiTM Ground Station di Kompleks Kejuruteraan Shah Alam yang dilengkapi antena Yagi VHF/UHF, sistem rotator dan lesen operator amatur yang diperbaharui secara berkala. Fasiliti ini membolehkan pemantauan orbit, komunikasi satelit serta latihan operasi sebenar kepada pelajar dan penyelidik.
"UiTMSAT-2 is a major achievement that highlights Universiti Teknologi MARA's (UiTM) leadership in space technology and satellite research in Southeast Asia. Developed under the ASEANSAT project, it is the first ASEAN collaborative satellite led by UiTM and was designed for Earth observation and space-based Internet of Things (IoT) missions. The project involved years of research, engineering, and testing in collaboration with the Malaysian Space Agency (MYSA), Kyushu Institute of Technology (Kyutech), and partner universities from the Philippines and Thailand. Launched to the International Space Station (ISS) by the Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), UiTMSAT-2 represents a significant milestone in regional aerospace collaboration. The mission also supports student training, scientific research, and hands-on satellite operations through UiTM's satellite integration laboratory and ground station, demonstrating the university's commitment to innovation, research excellence, and the advancement of Malaysia's space technology sector."