Penyerahan Bas Baharu UiTM Cawangan Selangor
Senarai rekod

Rekod Arkib

Penyerahan Bas Baharu UiTM Cawangan Selangor

15 April 2026 UiTM Cawangan Selangor

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

15 April 2026 UiTM melakar satu lagi langkah bermakna apabila sesi penyerahan bas baharu telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Ts. Shahrin Sahib sebagai manifestasi komitmen berterusan universiti terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga kampus.

Daripada 14 buah bas yang diperuntukkan, tiga buah telah disalurkan kepada UiTM Cawangan Selangor iaitu dua buah untuk Kampus Puncak Alam dan sebuah untuk Kampus Sungai Buloh. Penambahan bas baharu ini bukan sahaja mempertingkatkan kemudahan pengangkutan malah mencerminkan usaha berterusan UiTM dalam menyediakan persekitaran kampus yang lebih selesa dan kondusif.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan UiTM atas keprihatinan serta sokongan berterusan dalam memastikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan seluruh warga kampus sentiasa menjadi keutamaan.