Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan peroleh MSOSH Safety Excellence Premier Award 2025
Senarai rekod

Rekod Arkib

Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan peroleh MSOSH Safety Excellence Premier Award 2025

Perpustakaan Tun Abdul Razak melalui penyertaan Bahagian Arkib Universiti telah menerima **Safety Excellence Premier Award** dalam Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Ke-43 Tahun 2025 bagi kategori MSOSH-IKS, Awam & Swasta. Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan PTAR dan Bahagian Arkib Universiti dalam melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang berkesan dan berterusan. Pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen organisasi dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan sejahtera serta memperkukuh budaya keselamatan di UiTM. Kejayaan ini turut mencipta sejarah apabila Bahagian Arkib Universiti menjadi pengurusan arkib pertama yang berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij tersebut.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA menerusi penyertaan Bahagian Arkib Universiti diumumkan sebagai penerima Safety Excellence Premier Award dalam Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Ke-43 Tahun 2025 bagi kategori MSOSH-IKS, Awam & Swasta. Penganugerahan berprestij ini berlangsung pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), sekali gus mengiktiraf kecemerlangan PTAR dan Bahagian Arkib Universiti dalam melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang cemerlang dan berterusan.

Gambar ditampal

Anugerah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat kepada Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat, dan diterima oleh Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan bagi mewakili Jabatan Perpustakaan. Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Ahmad Hilmi bin Rahmat@Abd Rahman, Pengarah Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pembangunan UiTM Shah Alam. Kehadiran ini mencerminkan sokongan padu dan kerjasama padu antara jabatan dalam memperkukuh budaya keselamatan di UiTM.

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan sejahtera, di samping memperkasa budaya OSH yang proaktif, sistematik dan berimpak. Ia turut menyokong aspirasi UiTM ke arah kecemerlangan operasi serta kesejahteraan seluruh warga universiti, menjadikan kejayaan ini bukan sahaja satu penghormatan, tetapi juga simbol dedikasi Arkib Universiti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selamat kepada komuniti kampus.

Kejayaan ini sekaligus mencipta sejarah dengan pengurusan Arkib pertama yang berjaya memperoleh pengiktirafan ini. 

"Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), through the participation of Bahagian Arkib Universiti, achieved a significant milestone by receiving the prestigious Safety Excellence Premier Award at the 43rd Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) Awards 2025. This recognition acknowledges the successful implementation of effective occupational safety and health (OSH) practices and reflects the continuous commitment of PTAR and Bahagian Arkib Universiti to maintaining a safe, healthy, and conducive working environment. The achievement highlights UiTM’s dedication to workplace safety, employee well-being, and operational excellence while promoting a proactive safety culture across the organization. Notably, this accomplishment marks a historic milestone as Bahagian Arkib Universiti became the first archival management institution to receive this prestigious award. The recognition further strengthens UiTM’s reputation for quality management, workplace safety, and professional excellence, while supporting the university’s mission of sustainable development and continuous improvement."