Universiti Teknologi MARA (UiTM) has made its mark on the global stage by earning rankings in 10 subject areas in the Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2026. Law stands out with a strong global position of 301–400, placing UiTM among just five universities in Malaysia listed for this discipline. This achievement highlights the university’s strong reputation and growing international influence in legal education.
In Education Studies (formerly Education), UiTM has made notable progress, placing within the 401–500 band, reflecting the university’s ongoing commitment to advancing education research and teaching excellence. Beyond this achievement, UiTM demonstrates strength across multiple disciplines. Arts and Humanities ranks in the 601–800 band, while Business and Economics, as well as Life Sciences and Social Sciences, are positioned in the 801–1000 band. Computer Science and Medical and Health (formerly Clinical and Health), on the other hand, have proudly entered the 1001+ band, and Engineering, along with Physical Sciences, is now listed within the 1001–1250 band.
The THE WUR by Subject assesses universities across 11 subject areas using a refined set of 18 performance indicators grouped under five core pillars: Teaching, Research Environment, Research Quality, Industry, and International Outlook. Compared to other global ranking systems, THE places greater emphasis on research performance, research reputation, citation impact, and industry engagement, providing a comprehensive measure of a university’s contribution to knowledge creation and transfer.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukuhkan kedudukannya pada peringkat global apabila 10 subjek tersenarai dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2026. Subjek Undang-Undang mencatatkan pencapaian membanggakan dengan berada dalam kedudukan 301-400 dunia, menjadikannya antara hanya lima universiti di Malaysia yang tersenarai dalam subjek tersebut. Pencapaian ini menyerlahkan reputasi kukuh universiti serta meningkatkan pengaruh antarabangsanya dalam pendidikan undang-undang.
Bagi subjek Pengajian Pendidikan, UiTM menunjukkan peningkatan dengan berada pada kedudukan 401-500, sejajar dengan komitmen berterusan terhadap penyelidikan pendidikan serta kecemerlangan pengajaran. Selain pencapaian ini, UiTM turut mempamerkan kekuatannya merentas pelbagai disiplin. Antaranya, subjek Seni dan Kemanusiaan berada dalam kedudukan 601-800, Perniagaan dan Ekonomi, serta Sains Hayat dan Sains Sosial, masing-masing dalam kedudukan 801-1000. Sementara itu, subjek Sains Komputer serta Perubatan dan Kesihatan telah berjaya berada pada kedudukan 1001+, manakala Kejuruteraan dan Sains Fizikal tersenarai dalam kedudukan 1001-1250.
THE World University Rankings by Subject menilai universiti merentasi 11 bidang pengajian berdasarkan 18 indikator prestasi yang dibahagikan kepada lima teras utama: Pengajaran, Persekitaran Penyelidikan, Kualiti Penyelidikan, Industri, dan Pandangan Antarabangsa. Berbanding sistem penarafan global lain, THE memberi penekanan lebih besar kepada prestasi dan reputasi penyelidikan, impak sitasi, serta penglibatan industri, sekali gus memberikan penilaian menyeluruh terhadap sumbangan universiti dalam penciptaan dan pemindahan ilmu.