Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 712 bahan ditemui
Hasil

712 rekod

561-580 daripada 712
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid UiTM Cawangan Terengganu

Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi di Dungun, Terengganu diiringi Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Bin Sahib, Naib Canselor UiTM (kiri) dan Tan Sri ...

26 Jun 2025 · 306 hits
Acara / Majlis / Program Cerita Bergambar

CONSAL XIX ASEAN: PTAR UiTM Perkasa Diplomasi Ilmu dan Perpustakaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menerima kunjungan delegasi ASEAN sempena Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 (CONSAL XIX) yang berlangsung menerusi program rasmi CONSAL XIX 2025 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 69 peserta yang terdiri daripada delegasi tempatan dan antarabangsa, pegawai kanan perpustakaan serta sukarelawan CONSAL XIX telah menyertai lawatan ini yang bertujuan memperkukuh jaringan akademik dan profesional antara institusi perpustakaan di rantau Asia Tenggara.

19 Jun 2025 · 197 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Program Kelate Makeython

Program ‘Kelate Makeython’ telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn (JPK THO) dengan kerjasama Team Baju Koyak yang bertempat di Kompleks Sukan B, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini diadakan pada jam 8:00 pagi hingga 11:30 pagi. Seramai 355 orang peserta terdiri daripada mahasiswa UiTMCK Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu serta staf UiTMCK telah menyertai program ini.

12 Jun 2025 · Kompleks Sukan B, UiTM Cawangan Kelantan · 2 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Sirih pulang ke gagang : KSU KPT kembali ke Alma Mater

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan rasmi pertama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, ke alma mater beliau pada 15 Mei 2025 di UiTM Puncak Alam. Dalam lawatan tersebut, beliau menerima semula borang asal permohonannya ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan beliau daripada seorang pelajar kepada peneraju tertinggi pentadbiran pendidikan tinggi negara. Lawatan itu turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya, sekali gus menjadi detik bermakna yang mencerminkan kejayaan peribadi serta kebanggaan UiTM terhadap pencapaian alumninya.

Alumni · 15 May 2025 · UiTM Puncak Alam · 972 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Program UMPWR-UiTM Inbound Project 2025 di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Program UMPWR-UiTM Inbound Project 2025 merupakan program kerjasama antarabangsa antara UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dan Universiti Muhammadiyah Purworejo (UMPWR), Indonesia yang berlangsung pada 19 Februari 2025. Program ini bertujuan memperkukuh agenda pengantarabangsaan UiTM melalui pertukaran pengalaman, pengetahuan dan budaya antara kedua-dua institusi. Antara pengisian utama ialah majlis perasmian, persembahan kebudayaan, pertukaran Letter of Intent (LOI) serta penyerahan delegasi pelajar UMPWR kepada fasilitator UiTM Raub. Program ini menjadi salah satu usaha memperluas jaringan kerjasama akademik dan antarabangsa UiTM Cawangan Pahang.

MoU / MoA / LOI · 19 Feb 2025 · UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub · 9 hits
Anugerah Artikel

Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), UiTM Raih Akreditasi Antarabangsa AACSB 2025 - 2030

Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), UiTM kini diiktiraf AACSB, pengiktirafan global bagi kecemerlangan pendidikan perniagaan. Akreditasi ini mencerminkan komitmen terhadap kualiti akademik, penyelidikan berimpak, penambahbaikan berterusan dan pembangunan graduan bertaraf antarabangsa.

Pengiktirafan · 14 Feb 2025 · Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) · 139 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) rasmi peroleh hak cipta tagline Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menerima Sijil Hak Cipta bagi tagline “Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa” pada 6 Februari 2025, sekali gus memperkukuh peranannya dalam memartabatkan budaya ilmu. Evolusi tagline sejak 2005 mencerminkan komitmen berterusan PTAR dalam melahirkan generasi berilmu, berjati diri dan berdaya saing demi kemajuan universiti dan negara.

Ketua Pustakawan · 6 Feb 2025 · 296 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Program Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024 pada 7 Disember 2024 di Gravitas Business Park, Perai

7 Dec 2024 · Gravitas Business Park, Perai · 26 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024

17 November 2024 | UiTM Cawangan Selangor UiTM Cawangan Selangor melakar sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia dan Negeri Selangor yang menganjurkan Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia bertaraf antarabangsa.

Alumni · 17 Nov 2024 · UiTM Cawangan Selangor · 46 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Kejayaan MPK UiTM Cawangan Kelantan Dalam Mengekalkan Kejuaraan Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan Selama 2 Tahun Berturut-Turut

Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 telah diadakan bertempat di Stadium Muhammad IV peringkat negeri Kelantan pada 30 Ogos 2024. Objektif sambutan ini adalah untuk memperingati jasa dan pengorbanan perwira negara yang telah berjuang demi mencapai kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Sambutan ini diserikan dengan nyanyian lagu kemerdekaan, silat, sketsa penjajahan yang terjadi di daerah Pasir Puteh, Kelantan, pertunjukan bunga api serta pantomim daripada anggota pasukan Rejimen ke-5, Rejimen Artileri Diraja.

30 Aug 2024 · Stadium Muhammad IV · 1 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Melukis Menggunakan Kopi Bawa Tuah kepada Pensyarah KPSK UiTMCK

Secawan kopi bukan sahaja untuk diminum malahan boleh dijadikan medium dalam menghasilkan lukisan kreatif. Ini terbukti apabila 2 orang Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Cawangan Kelantan telah memenangi Pertandingan Coffee Painting Challenge anjuran Balai Seni Lukis Negara dan Kotak Seni Kelantan sempena Festival Kesenian Kelate 2024 yang bertempat di Pantai Irama Bachok pada Khamis, 1 Ogos 2024.

8 Aug 2024 · Pantai Irama Bachok · 1 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan Di Sarawak 2024

UiTM Cawangan Sarawak merupakan salah satu destinasi bagi program Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan yang berlangsung pada 3 Julai 2024. Program ini menyaksikan penyertaan Naib Canselor UiTM bersama warga universiti dalam kayuhan sejauh 24.53 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan. Penganjurannya mencerminkan semangat perpaduan, kesukanan dan kebersamaan warga UiTM di samping memperkukuh hubungan antara cawangan universiti di seluruh negara.

Ulang Tahun UiTM · 3 Jul 2024 · UiTM CAWANGAN SARAWAK · 10 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Perasmian Bbq Corner@Healing Station Kolej Kediaman

BBQ CORNER@Healing Station merupakan satu inisiatif oleh Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar bagi mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan santai dalam kalangan pelajar di kolej kediaman.

28 May 2024 · Kolej Kediaman Pelajar · 2 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Festival Srikandi 2024 Bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran bersama Strategic Partner of The State Government, Collectibles Museum dan College of Creative Arts UiTM Cawangan Kelantan.

College of Creative Arts (CCA) UiTM Cawangan Kelantan telah terlibat secara langsung sebagai rakan kolaborasi bersama Strategic Partner of The State Government dan Collectibles Museum dalam Festival Srikandi bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 yang bertempat di Dewan Jubli Perak dan Dewan Gelanggang Seni Kota Bharu.

7 Mar 2024 · Dewan Jubli Perak dan Dewan Gelanggang Seni Kota Bharu · 2 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Program Textile Diploma Show 2024, Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Kelantan

7 Februari 2024 telah berlangsung sesi kemuncak “Textile Diploma Show 2024” bagi pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Tekstil yang bakal menghabiskan pengajian di UiTM Cawangan Kelantan selama 2 ½ tahun yang diadakan di Galeri KPSK. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan umum kepada pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif tentang pengurusan acara majlis dan juga pameran. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan dalam mengendalikan jualan karya akhir pelajar yang terdahulu.

7 Feb 2024 · Ruang Galeri KPSK · 4 hits