On 12 June 2025, the ‘Kelate Makeython’ programme was successfully organised by the Tun Hussein Onn Residential College Representative Committee (JPK THO) in collaboration with Team Baju Koyak at Sports Complex B, UiTM Kelantan Branch. The programme was held from 8:00 a.m. to 11:30 a.m. A total of 355 participants, comprising students from UiTMCK Machang Campus and Kota Bharu Campus, as well as UiTMCK staff, took part in the programme.
Kelate Makeython is a unique fun run featuring a variety of traditional Kelantanese foods. It not only encourages a healthy and cheerful lifestyle, but also enhances the participants’ Happiness Index. The programme also promotes and preserves Kelantan’s heritage food among students.
The programme received strong support with the attendance of Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Deputy Rector of Student Affairs, UiTMCK. Also present were Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Head of Residential College Staff, accompanied by Puan Nur Edura Na’ain and Encik Muhammad Faiz Iskandah, Residential College Staff of Tun Hussein Onn Residential College.
Furthermore, various sponsorships and contributions from several external agencies also contributed to the success of the programme. Those involved included Team Baju Koyak, the Kelantan State Sports Council, WDR Printing, and Kxpress Print. The contributions and cooperation provided by all sponsors were greatly appreciated and played an important role in making the programme a success.
The programme received an enthusiastic response from participants. Feedback indicated that the programme was unique and difficult to find in other events. Participants hoped that it would continue, as it was not only enjoyable but also provided a meaningful experience and strengthened bonds among participants.
Pada 12 Jun 2025 – Program ‘Kelate Makeython’ telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn (JPK THO) dengan kerjasama Team Baju Koyak yang bertempat di Kompleks Sukan B, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini diadakan pada jam 8:00 pagi hingga 11:30 pagi. Seramai 355 orang peserta terdiri daripada mahasiswa UiTMCK Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu serta staf UiTMCK telah menyertai program ini.
Kelate Makeython ialah larian santai unik yang menyajikan pelbagai makanan tradisi Kelantan. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan ceria, malah meningkatkan Happiness Index peserta. Program ini turut memartabatkan serta mempromosikan makanan warisan Kelantan dalam kalangan mahasiswa.
Program ini telah mendapat sokongan padu dengan kehadiran Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCK. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ketua Staf Residen Kolej diiringi Puan Nur Edura Na’ain dan Encik Muhammad Faiz Iskandah, Staf Residen Kolej Tun Hussein Onn
Seterusnya, pelbagai tajaan dan bentuk sumbangan daripada beberapa agensi luar turut menyumbang kepada kejayaan program ini. Antara yang terlibat ialah Team Baju Koyak, Majlis Sukan Negeri Kelantan, WDR Printing, dan Kxpress Print. Sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh semua penaja amat dihargai dan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada peserta. Maklum balas menunjukkan program ini unik dan sukar didapati dalam acara lain. Peserta berharap ianya diteruskan kerana bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan sesama peserta.