Sirih pulang ke gagang : KSU KPT kembali ke Alma Mater
Senarai rekod

Memori Alumni

Sirih pulang ke gagang : KSU KPT kembali ke Alma Mater

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan rasmi pertama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, ke alma mater beliau pada 15 Mei 2025 di UiTM Puncak Alam. Dalam lawatan tersebut, beliau menerima semula borang asal permohonannya ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan beliau daripada seorang pelajar kepada peneraju tertinggi pentadbiran pendidikan tinggi negara. Lawatan itu turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya, sekali gus menjadi detik bermakna yang mencerminkan kejayaan peribadi serta kebanggaan UiTM terhadap pencapaian alumninya.

Gambar ditampal
Universiti Teknologi MARA (UiTM) berasa amat berbangga menerima kunjungan rasmi pertama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, yang kembali menjejakkan kaki ke alma mater tercinta — tempat beliau memulakan perjalanan ilmu dan kehidupan pada tahun 1985.
Gambar ditampal

Dalam lawatan yang penuh makna dan emosi ini, Datuk Dr. Anesee menerima semula borang asal permohonannya ke Institut Teknologi MARA (ITM) — lengkap dengan gambar hitam putih dan tulisan tangan beliau ketika remaja. Borang KRP1 bersejarah itu disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan luar biasa beliau daripada seorang pelajar tekun kepada peneraju tertinggi pentadbiran pendidikan tinggi negara pada 15 Mei 2025 di UiTM Puncak Alam, Selangor 

  Gambar ditampal                         “Inilah asal-usul saya… dan saya bangga menjadi produk pendidikan tinggi negara,” ujar beliau penuh rasa syukur dan bangga.

Gambar ditampal

Lebih istimewa lagi, kunjungan beliau turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya, menjadikan momen ini satu kenangan yang indah dan simbolik — menyatukan kejayaan peribadi dan kebanggaan institusi dalam satu detik bersejarah. Selamat kembali ke alma mater, Datuk Dr. Anesee Ibrahim. UiTM berbangga dengan pencapaian anak didiknya yang terus mengharumkan nama universiti dan negara.

"A meaningful homecoming marked a memorable occasion as a distinguished public servant returned to the institution where his academic journey first began. The visit celebrated not only his personal achievements but also the lasting impact of education in shaping future leaders. One of the most touching moments was the presentation of his original admission application, preserved as a reminder of the aspirations and determination that began his path to success. The occasion became even more special as it coincided with a personal celebration, creating an atmosphere of gratitude, pride, and reflection. More than a ceremonial visit, it highlighted the strong and enduring bond between an institution and its alumni while demonstrating how education can open doors to leadership and meaningful contributions to society. The event also served as an inspiration for current and future students, showing that every great achievement begins with dedication, hard work, and the courage to pursue one's goals. It was a celebration of lifelong connections, shared memories, and the enduring legacy of an institution that continues to shape individuals who make a positive impact on the nation."