17 November 2024 | UiTM Cawangan Selangor
UiTM Cawangan Selangor melakar sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia dan Negeri Selangor yang menganjurkan Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia bertaraf antarabangsa.
Berlangsung selama empat hari, kejohanan ini menghimpunkan seramai 1,239 orang peserta dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan serta Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Majlis turut dihadiri oleh barisan kepimpinan UiTM, Kerajaan Negeri Selangor, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) serta Majlis Sukan Negeri Selangor.
Penganjuran ini menjadi satu detik bersejarah dalam kecemerlangan UiTM Cawangan Selangor, di samping memperlihatkan kekuatan sinergi antara UiTM, Kerajaan Negeri dan persatuan sukan dalam memperkasa pembangunan sukan berprestasi tinggi.