Melukis Menggunakan Kopi Bawa Tuah kepada Pensyarah KPSK UiTMCK
Senarai rekod

Rekod Arkib

Melukis Menggunakan Kopi Bawa Tuah kepada Pensyarah KPSK UiTMCK

Secawan kopi bukan sahaja untuk diminum malahan boleh dijadikan medium dalam menghasilkan lukisan kreatif. Ini terbukti apabila 2 orang Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Cawangan Kelantan telah memenangi Pertandingan Coffee Painting Challenge anjuran Balai Seni Lukis Negara dan Kotak Seni Kelantan sempena Festival Kesenian Kelate 2024 yang bertempat di Pantai Irama Bachok pada Khamis, 1 Ogos 2024.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

8 August 2024 – A cup of coffee is not only for drinking but can also be used as a medium for producing creative paintings. This was demonstrated when two lecturers from the College of Creative Arts (KPSK), UiTM Kelantan Branch, won the Coffee Painting Challenge organised by the National Art Gallery and Kotak Seni Kelantan in conjunction with the Festival Kesenian Kelate 2024, held at Pantai Irama, Bachok, on Thursday, 1 August 2024.

Madam Rohaizan Mat Nashir@Mohd Nasir, Senior Lecturer at the Department of Textile Design, KPSK, won third place with Kelantan ulam as her source of inspiration. Meanwhile, Ms Roziani Mat Nashir@Mohd Nasir, a lecturer at the Department of Graphic Design, KPSK, depicted the character Seri Rama in wayang kulit as an identity of Kelantan and won fourth place. Both winners received RM100 in cash, a hamper and a certificate of participation. Congratulations and well done to the lecturers involved. Their participation and success have directly further enhanced the reputation of UiTMCK.

By highlighting the unique and iconic culture of Kelantan, the paintings attracted the judges’ attention through their appealing coffee-colour compositions and distinctive aesthetic value. The colouring skills and techniques demonstrated through the coffee mixtures resulted in beautiful paintings. Artistic activities using coffee as colour are regarded as a form of therapy, as coffee’s aroma is calming and painting with coffee also provides a way to express emotions.

A total of 18 participants from diverse artistic backgrounds produced artworks focusing on the culture and heritage of Kelantan. The event organised by the participating organisations provided creative individuals with opportunities and a platform to showcase their talents and potential, in line with the uniqueness and beauty of the culture and heritage of the state of Cik Siti Wan Kembang.

Pada 8 Ogos 2024 – Secawan kopi bukan sahaja untuk diminum malahan boleh dijadikan medium dalam menghasilkan lukisan kreatif. Ini terbukti apabila 2 orang Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Cawangan Kelantan telah memenangi Pertandingan Coffee Painting Challenge anjuran Balai Seni Lukis Negara dan Kotak Seni Kelantan sempena Festival Kesenian Kelate 2024 yang bertempat di Pantai Irama Bachok pada Khamis, 1 Ogos 2024.

Penyertaan Puan Rohaizan Mat Nashir@Mohd Nasir, Pensyarah Kanan Jabatan Senireka Tekstil KPSK telah memenangi tempat ketiga dengan memilih ulaman Kelantan sebagai sumber inspirasi. Manakala Cik Roziani Mat Nashir@Mohd Nasir, Pensyarah Jabatan Senireka Grafik, KPSK menggambarkan watak Seri Rama dalam wayang kulit sebagai indentiti Kelantan telah berjaya mendapat tempat keempat. Kedua-dua pemenang membawa pulang wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan. Tahniah dan syabas atas kemenangan para pensyarah yang terlibat. Penyertaan dan kemenangan ini dengan secara langsung telah menaikkan lagi nama UiTMCK.

Dengan mengangkat tema Budaya Kelantan yang unik dan ikonik, hasil lukisan tersebut mendapat perhatian juri dengan olahan warna kopi yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Skil dan teknik mewarna yang ditonjolkan dari bancuhan kopi menjadikan lukisan terhasil indah. Aktiviti seni menggunakan warna kopi ini dilihat sebagai satu terapi kerana bukan sahaja aromanya yang menenangkan, malahan melukis menggunakan kopi ini juga adalah satu cara untuk meluahkan emosi.

Seramai 18 peserta dari pelbagai latar belakang seni telah menghasilkan hasil karya mengkhususkan budaya dan warisan Kelantan. Penganjuran daripada organisasi terlibat telah membuka peluang dan ruang kepada individu kreatif untuk mengetengahkan bakat dan potensi sejajar dengan hamparan keunikan dan keindahan budaya dan warisan negeri Cik Siti Wan Kembang.