14 April 2025 | Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor
Satu lagi detik bermakna dalam perjalanan kecemerlangan UiTM Cawangan Selangor apabila Bilik MindSpace RENOVA (REsearch & InNOVAtion) dilancarkan oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama barisan pengurusan fakulti serta YBrs. Profesor Madya Dr Amirul Afif Muhamat, perintis Bilik MindSpace RENOVA.
Penubuhan ruang khas ini mencerminkan komitmen Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi, kreativiti dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga akademia.
MindSpace RENOVA menjadi simbol sebuah ruang yang mencetuskan idea, menyuburkan inovasi dan membuka laluan kepada kecemerlangan penyelidikan demi manfaat warga dan UiTM secara keseluruhannya.