Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 712 bahan ditemui
Hasil

712 rekod

601-620 daripada 712
Tadbir Urus Universiti Artikel

Profesor Dr. Salmiah Kasolang: Rektor Wanita Pertama UiTM Cawangan Pulau Pinang

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menerima pelantikan Profesor Dr. Salmiah Kasolang sebagai Rektor kesembilan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pelantikan tersebut turut mencatatkan sejarah institusi apabila beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.

1 May 2020 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 1 hits
Anugerah Artikel

Pasukan Kulinari UiTM Cawangan Pulau Pinang Raih Naib Johan Keseluruhan dalam World Chefs Championship 2019

Pasukan Kulinari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melakar kejayaan apabila muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan dalam World Chefs Championship – Agro Based Product yang berlangsung pada 13 hingga 15 Disember 2019 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

13 Dec 2019 · Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah · 10 hits
Anugerah Artikel

Chef Ukir Nama Malaysia di Persada Kulinari Antarabangsa

Pada 17 hingga 22 November 2019, dua (2) orang staf Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, iaitu Chef Mohd Shafiq Othman dan Chef Ahmad Fauzan Badiozaman, telah mewakili Malaysia dalam World Congress of Culinary Traditions – European Region of Gastronomy (SIBIU) 2019 di Romania. Turut bersama sebagai wakil Malaysia ialah Chef Rossham Rusli dari Sunway Putra Hotel.

17 Nov 2019 · 3 hits
Sejarah Galeri

Temu Anwar @ UiTM : Dialog Bersama Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2019

Sesi dialog Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama mahasiswa mahasiswi telah berlangsung petang 3 Oktober 2019 di Dewan Seri Budiman dan turut hadir Naib Canselor UiTM, barisan Pengurusan Universiti dan mahasiswa UiTM. Acara ini merupakan salah satu siri jelajah beliau untuk bertemu dan berdialog secara langsung dengan golongan mahasiswa di universiti. Ikuti rakaman siaran langsung Temu Anwar @ UiTM di YouTube UiTM Channel.

Pemimpin Negara YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim · 3 Oct 2019 · Dewan Seri Budiman, Shah Alam · 63 hits
Acara/Majlis/Program Artikel

UiTM Pulau Pinang Terima Ambulans Baharu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang menerima sebuah ambulans dari Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam sebagai tambahan yang sedia ada.

19 Apr 2019 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 32 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Canselor UiTM Keenam: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah dimasyhurkan sebagai Canselor ke-6 Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 19 Mac 2019 dalam Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Pelantikan ini menandakan kesinambungan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam memayungi UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi negara.

Canselor · 19 Mar 2019 · 888 hits
Pusat Tanggungjawab Artikel

Kelab MyAgrosis UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Kelab MyAgrosis UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah ditubuhkan pada 11 Disember 2018 melalui kerjasama dengan FAMA Negeri Pahang sebagai platform untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan graduan dalam bidang keusahawanan, khususnya berkaitan agromakanan. Kelab ini dilancarkan bersama program NBME & Agromas Challenge di Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dan kemudiannya melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama FAMA Daerah Raub dan FAMA Negeri Pahang. Antara inisiatif utama ialah MyAgrosis K-Shoppe, yang berperanan sebagai saluran pemasaran produk IKS tempatan serta ruang untuk ahli mengembangkan kemahiran perniagaan dan pemasaran. Penubuhan kelab ini mencerminkan usaha UiTM dalam menyediakan pengalaman keusahawanan kepada mahasiswa dan menyokong pembangunan graduan yang berdaya saing.

Kampus · 11 Dec 2018 · UiTM Pahang Kampus Raub · 2 hits
Pusat Tanggungjawab Galeri

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM

Penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu merupakan satu usaha murni yang bertujuan untuk memartabatkan serta memperkasakan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Inisiatif ini diwujudkan bagi memberi kefahaman yang sebenar tentang peranan Raj...

Jabatan/Pejabat/Pusat · 2 Jul 2018 · 825 hits
Teknologi Artikel

Pelancaran Satelit Pertama UiTMSAT-1 dari Stesen Tentera Udara, USA

UiTMSAT-1 mencipta sejarah apabila menjadi nanosatelit pertama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan universiti pertama di Malaysia yang berjaya melancarkan nanosatelit ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Satelit ini dilancarkan ke ISS pada 29 Jun 2018 menggunakan roket SpaceX Falcon 9 sebelum dilepaskan ke orbit pada 10 Ogos 2018. Dibangunkan di bawah projek kerjasama antarabangsa BIRDS-2 bersama Jepun, Bhutan dan Filipina, UiTMSAT-1 dibina oleh dua pelajar pascasiswazah UiTM di Kyushu Institute of Technology, Jepun. Satelit bersaiz CubeSat 1U seberat kira-kira 1 kilogram ini beroperasi di Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit) dan menjadi simbol kejayaan UiTM dalam penyelidikan, inovasi serta pembangunan teknologi angkasa negara.

29 Jun 2018 · UiTM Shah Alam · 943 hits
Bangunan/Arca/Monumen/Landskap Galeri

Fakulti Perubatan Kampus Teluk Intan UiTM

Gambar terkini Fakulti Perubatan UiTM Kampus Teluk Intan pada 2025. Fakulti Perubatan UiTM Kampus Teluk Intan memulakan pembinaannya pada 21 Januari 2009 dan siap pada 31 Julai 2010. Kampus ini diserahkan kepada UiTM pada 1 November 2010.

18 Jul 2017 · 2,696 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Canselor UiTM Kelima: Sultan Muhammad V

Sultan Muhammad V Kelantan merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang ditabalkan pada 13 Disember 2016 selepas menaiki takhta sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 2010. Baginda dikenali sebagai pemerintah yang menitikberatkan pendidikan, dengan latar pengajian di institusi antarabangsa dalam bidang diplomatik dan pengajian Islam.

Canselor · 13 Dec 2016 · 1,398 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 83 Cawangan Kelantan, 2016 (Kali Pertama)

Majlis Konvokesyen Ke-83 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan kali pertama berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang, dan dipengerusikan oleh Pro-Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad

Konvokesyen ITM - UiTM · 29 Nov 2016 · Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang · 4 hits
Sejarah Artikel

Titah Diraja DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah 2016

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menyempurnakan Majlis Titah Diraja dan seterusnya merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa pada 8 November 2016 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Titah Diraja · 8 Nov 2016 · Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM · 65 hits
Sejarah Galeri

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3

UiTM Kampus Seremban merupakan salah satu kampus utama di bawah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan. Terletak di Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3, kampus ini telah menjadi pusat penting bagi pelbagai program akademik dan...

18 Jan 2014 · Seremban · 2,987 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Penerima Sulung Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77 yang berlangsung dari 24 November hingga 6 Disember 2012 mencipta sejarah apabila Dr. Salina Muhamad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik menjadi penerima pertama Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor, anugerah tertinggi universiti, selain menerima Anugerah Penyelidik Cemerlang. Konvokesyen ini turut mencatat rekod sebagai istiadat terbesar dalam sejarah UiTM dengan seramai 27,626 graduan menerima diploma dan ijazah dalam 39 sidang di seluruh kampus. Dalam majlis tersebut, Canselor UiTM menegaskan kepentingan meneruskan falsafah penubuhan UiTM untuk memperluaskan peluang pendidikan kepada bumiputera, manakala Naib Canselor ketika itu menekankan komitmen universiti dalam memperkasa pendidikan melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MOAB). Majlis bersejarah ini berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Konvokesyen ITM - UiTM · 6 Dec 2012 · UiTM Shah Alam · 230 hits