From 17 to 22 November 2019, two staff members of the Faculty of Hotel and Tourism Management, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Penang Branch, namely Chef Mohd Shafiq Othman and Chef Ahmad Fauzan Badiozaman, represented Malaysia at the World Congress of Culinary Traditions – European Region of Gastronomy (SIBIU) 2019 in Romania. Also representing Malaysia was Chef Rossham Rusli from Sunway Putra Hotel.
The participation resulted in several noteworthy achievements, including recognition as Gastronomy Traditions Expert, Honorary Members, Certified Gastronomy Malay Wedding Cuisine Expert, as well as the receipt of various international awards and diplomas from gastronomic and culinary organisations in Europe, Azerbaijan and Italy.
Among the significant outcomes of the participation were plans to organise the World Congress of Culinary Traditions – Asia and Master of Flames – Asia in Malaysia, in addition to the launch of the Malay Wedding Cuisine Cookbook, which promotes Malay culinary heritage on the international stage.
Congratulations are extended to Chef Mohd Shafiq Othman and Chef Ahmad Fauzan Badiozaman for bringing honour to Malaysia and UiTM on the international culinary and gastronomic stage. This achievement demonstrates the excellence of the Faculty of Hotel and Tourism Management staff expertise in the culinary field, while strengthening UiTM’s reputation in hospitality education and industry.
May this achievement continue to inspire efforts to empower the culinary and gastronomy fields, while showcasing the uniqueness and special qualities of Malaysia’s heritage food for recognition and appreciation at the international level.
Pada 17 hingga 22 November 2019, dua (2) orang staf Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, iaitu Chef Mohd Shafiq Othman dan Chef Ahmad Fauzan Badiozaman, telah mewakili Malaysia dalam World Congress of Culinary Traditions – European Region of Gastronomy (SIBIU) 2019 di Romania. Turut bersama sebagai wakil Malaysia ialah Chef Rossham Rusli dari Sunway Putra Hotel.
Penyertaan tersebut telah melakar pelbagai kejayaan membanggakan, antaranya pengiktirafan sebagai Gastronomy Traditions Expert, Honorary Members, Certified Gastronomy Malay Wedding Cuisine Expert, serta penerimaan pelbagai anugerah dan diploma antarabangsa daripada badan gastronomi dan kulinari dari Eropah, Azerbaijan dan Itali.
Antara hasil penting daripada penyertaan tersebut termasuk perancangan penganjuran World Congress of Culinary Traditions – Asia dan Master of Flames – Asia di Malaysia, di samping pelancaran Malay Wedding Cuisine Cookbook yang mengangkat warisan masakan Melayu ke peringkat antarabangsa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Chef Mohd Shafiq Othman dan Chef Ahmad Fauzan Badiozaman atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia serta UiTM di persada kulinari dan gastronomi antarabangsa. Kejayaan ini membuktikan keunggulan kepakaran warga FPHP dalam bidang kulinari, di samping memperkukuh reputasi UiTM dalam bidang pendidikan dan industri hospitaliti.
Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan bidang kulinari dan gastronomi, serta mengangkat keunikan dan keistimewaan makanan warisan Malaysia untuk dikenali dan dihargai di peringkat antarabangsa.