Majlis Perasmian Pintu Utama UiTM Cawangan Selangor
Senarai rekod

Perasmian

Majlis Perasmian Pintu Utama UiTM Cawangan Selangor

4 April 2019 UiTM Cawangan Selangor

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Penantian 10 tahun berakhir pada 4 April 2019 menjadi satu lagi lembaran bermakna dalam sejarah UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Pada hari tersebut, telah berlangsung Majlis Perasmian Pintu Masuk Utama UiTM Cawangan Selangor, yang kemudiannya disusuli dengan lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Majlis penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, serta turut dihadiri oleh barisan pengurusan UiTM Cawangan Selangor.