"Sultan Muhammad V, the 15th Yang di-Pertuan Agong, was born on 6 October 1969 at Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan. He received his early education at Sekolah Sultan Ismail I and the International School of Kuala Lumpur before continuing his studies in England at Oakham School, followed by Diplomatic Studies at St Cross College, Oxford and Islamic Studies at the Oxford Centre until 1991. Proclaimed Tengku Mahkota Kelantan in 1985, he later served as Regent in 2009 and ascended the throne as the 29th Sultan of Kelantan in 2010. He was appointed Deputy Yang di-Pertuan Agong in 2011 and subsequently became the 15th Yang di-Pertuan Agong in 2016. Renowned for his strong interest in education and knowledge, his leadership reflects a commitment to intellectual development and national service."
Senarai rekod
Rekod Arkib
Canselor UiTM Kelima: Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V Kelantan merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang ditabalkan pada 13 Disember 2016 selepas menaiki takhta sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 2010. Baginda dikenali sebagai pemerintah yang menitikberatkan pendidikan, dengan latar pengajian di institusi antarabangsa dalam bidang diplomatik dan pengajian Islam.
AI Assisted
Ringkasan rekod ini dengan AI
Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.
Ringkasan rekod
Fakta utama
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu , Kelantan. KDYMM Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
Minat Baginda ya ng mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong Baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda meneruskan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Pada 13 September 2010 Baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29. Seterusnya pada 13 Disember 2011 Baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja telah melantik Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun. Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan pada 13 Disember 2016. Watikah pemasyhuran baginda dipersembahkan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Idris Jusoh.
Sumber: