Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 700 bahan ditemui
Hasil

700 rekod

621-640 daripada 700
Acara / Majlis / Program Galeri

Istiadat Konvokesyen yang terakhir di Dewan Sri Budiman UiTM

Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda (SPB)Tuanku Canselor & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan istiadat Tabik Hormat serta Pemeriksaan Barisan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-73 pada 25 November 2010 hingga 6 ...

Konvokesyen ITM - UiTM · 25 Nov 2010 · Dewan Sri Budiman · 635 hits
Acara/Majlis/Program Artikel

Perasmian Kolej Kristal UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 10 Ogos 2010, Kolej Kristal UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Majlis tersebut turut disusuli dengan lawatan beliau ke kemudahan yang disediakan di Kolej Kristal. Beliau diiringi oleh Yang Berbahagia Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM, dan Yang Berusaha Profesor Madya Mohd Zaki Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.

10 Aug 2010 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 0 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Majlis Perasmian Pameran Diploma " Tunas Ilham 5" Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Melaka

Pameran ini mengetengahkan karya, bakat dan kreativiti para pelajar dalam bidang seni dan reka bentuk. Perasmian tersebut menjadi satu pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian warga fakulti serta para pelajar. Tunas Ilham 5 terus menjadi sebahagian daripada memori UiTM Melaka dalam merakam perkembangan bakat muda dan kreativiti seni.

3 May 2010 · Galeri Seni Rakyat Bandar Hilir · 5 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Kunjungan Hormat Kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob

Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ketika itu, mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hj. Hitam, Pengarah Kampus UiTM Melaka ketika itu. Pertemuan ini berlangsung selepas kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Detik ini merakam hubungan erat antara kepimpinan UiTM dengan kepimpinan Negeri Melaka.

Naib Canselor · 27 Apr 2010 · Istana Melaka · 3 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Kunjungan Hormat Naib Canselor UiTM Kepada Ketua Menteri Melaka

Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ketika itu, mengadakan kunjungan hormat kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Kunjungan ini merakam hubungan erat antara kepimpinan UiTM dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkukuh kerjasama dan pembangunan pendidikan tinggi negeri.

Naib Canselor · 27 Apr 2010 · Pejabat Ketua Menteri Melaka · 8 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Laungan 1 Malaysia di Kampus Bandaraya Melaka oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

UiTM Melaka Kampus Bandaraya menerima kunjungan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, bersempena Karnival Lawatan IPT Negeri Melaka. Turut hadir Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka; Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM; serta Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hj. Hitam, Pengarah Kampus UiTM Melaka ketika itu. Lebih 3,000 pelajar dan warga UiTM berhimpun di hadapan bangunan kampus, bergema dengan laungan “1 Malaysia!” ketika ucapan Perdana Menteri. Detik tersebut kekal sebagai sebuah memori yang merakam semangat kebersamaan dan sejarah warga UiTM Melaka di Kampus Bandaraya.

4 Feb 2010 · UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya · 3 hits
Anugerah Artikel

Karya Jenkaut

Idea kreatif pensyarah dan pelajar UiTM melukis epal menggunakan jentera pengaut telah meraih pingat emas!

3 Feb 2010 · 0 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Lawatan Ketua Menteri Melaka Ke Tapak Pembinaan UiTM Kampus Jasin

Sebuah detik penting dalam sejarah perkembangan pendidikan tinggi di Negeri Melaka tercatat apabila Ketua Menteri Melaka ketika itu, Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin.

27 Jan 2010 · Seri Mendapat, Semujuk, Jasin · 21 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

UiTM Melaka Mencipta Identiti SUKMA XIII Melaka 2010

Tahun 2009 mencatatkan satu lagi detik bermakna dalam sejarah UiTM Cawangan Melaka apabila kepakaran dan kreativiti warga UiTM Melaka diberi kepercayaan untuk menyumbang kepada pembangunan identiti Sukan Malaysia (SUKMA) XIII, Melaka 2010

Inovasi, Kualiti dan Kecemerlangan Operasi · 5 Feb 2009 · Dataran Pahlawan, Megamall Melaka · 142 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran dan Pembelajaran (KPP) UiTM Melaka

21 Ogos 2007 mencatat detik bersejarah apabila Kompleks Pentadbiran dan Pembelajaran UiTM Melaka dirasmikan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka; Dato’ Seri Datuk Wira Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM; dan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam, Pengarah Kampus UiTM Melaka.

21 Aug 2007 · UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah · 139 hits
Pusat Tanggungjawab Artikel

Peneraju UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya: Legasi Kepimpinan (2007 - Kini)

Sejak penubuhannya, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah dipimpin oleh barisan Penolong Rektor yang berwibawa dan berdedikasi. Setiap peneraju telah menyumbang kepada pembangunan kampus mengikut keperluan dan cabaran zaman masing-masing. Sempena sambutan 20 Tahun UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya, legasi kepimpinan ini terus dikenang sebagai asas kepada kejayaan dan kecemerlangan kampus yang dinikmati pada hari ini.

Kampus · 3 May 2007 · UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya · 93 hits
Sejarah Artikel

Album Majlis Pemasyhuran Canselor UiTM Ke 3 pada 2007

Koleksi album ini mengandungi 90 keping cetakan gambar pelbagai saiz ketika Majlis Pemasyhuran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di UiTM Shah Alam.

Koleksi · 5 Mar 2007 · Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam · 104 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Canselor UiTM Ketiga : Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-3 pada 5 Mac 2007 selepas dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi melalui peranan simbolik dan sokongan berterusan terhadap kecemerlangan UiTM.

Canselor · 5 Mar 2007 · 634 hits
Sejarah Artikel

Album Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 pada 2006

Album ini mengandungi 86 keping gambar-gambar sekitar Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 pada 9 November 2006. Berukuran 34 sentimeter x 34 sentimeter dengan halaman muka hadapan dan belakang dibalut material baldu lembut berwarna kuning diraja serta logo UiTM dengan tinta cetakan warna emas.

Koleksi · 9 Nov 2006 · Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway · 73 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Pelancaran Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM

Kemuncak sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 berlangsung pada 9 November 2006 di Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway menerusi Majlis Makan Malam Jubli Emas yang menghimpunkan alumni daripada pelbagai generasi. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, serta pelancaran aspirasi UiTM sebagai Universiti Bertaraf Dunia menjelang tahun 2020. Pada majlis yang sama, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein dianugerahkan gelaran Tokoh Pembela Bangsa. Bagi memperingati sambutan ini, UiTM turut memperkenalkan Syiling Kenang-Kenangan Ulang Tahun ke-50 yang melambangkan identiti, pencapaian dan kegemilangan universiti sepanjang lima dekad penubuhannya.

Ulang Tahun UiTM · 9 Nov 2006 · Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway · 523 hits
Sejarah Artikel

UiTM: Dahulu, Kini dan 50 Tahun – Cabaran dan Halangan

Penerbitan khas sempena sambutan ulangtahun 50 tahun UiTM dalam cetakan 35 halaman muka surat. "UiTM: Dahulu, Kini dan 50 Tahun – Cabaran dan Halangan" merupakan antara karya signifikan hasil nukilan Profesor Dato' Seri Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM, yang merakamkan hala tuju strategik universiti ketika menyambut ulang tahun emas penubuhannya.

Penerbitan · 1 Jan 2006 · UiTM Shah Alam · 58 hits
Bangunan/Arca/Monumen/Landskap Artikel

Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajudin (Canseleri UiTM)

Projek Bangunan Pejabat Korporat ini telah dirancang untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia ke 6. Projek ini telah ditawarkan kepada Pelangi Wira Sdn. Bhd. secara rundingan terus dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dengan kos pembangun...

18 Jan 2005 · 2,049 hits
Bangunan/Arca/Monumen/Landskap Artikel

Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid An-Nur UiTM Cawangan Perlis

Sempena sambutan Jubli Mutiara ke-30 UiTM Cawangan Perlis, Masjid An-Nur telah dirasmikan dan dinamakan secara rasmi pada 30 Oktober 2004, menggantikan nama Pusat Islam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Pemangku Raja Perlis ketika itu, bersama kerabat diraja, pemimpin negeri, warga UiTM dan pelajar. Bersempena bulan Ramadan, majlis turut diisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama serta penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan kakitangan UiTM. Penamaan Masjid An-Nur melambangkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan pembangunan sahsiah warga kampus. Dengan kapasiti sekitar 3,000 jemaah, Masjid An-Nur terus menjadi mercu tanda dan simbol kecemerlangan UiTM Cawangan Perlis.

30 Oct 2004 · UiTM Cawangan Perlis · 371 hits