Canselor UiTM Ketiga : Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Senarai rekod

Rekod Arkib

Canselor UiTM Ketiga : Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-3 pada 5 Mac 2007 selepas dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi melalui peranan simbolik dan sokongan berterusan terhadap kecemerlangan UiTM.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dilantik sebagai Canselor UiTM yang ke-3 semasa Majlis Pemasyuran Canselor UiTM pada 5 Mac 2007. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 selepas Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pemilihan baginda telah dilakukan oleh Majlis Raja-Raja yang telah bersidang pada 3 November 2006 dan baginda adalah salah seorang Yang di-Pertuan Agong yang termuda dalam sejarah negara. Istiadat melafaz sumpah telah disempurnakan di Istana Negara pada 13 Disember 2006.

Baginda telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Baginda merupakan putera sulung daripada tujuh bersaudara. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Terengganu. Baginda berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berprestij iaitu Geelongs Grammar School, Geelong, Australia pada tahun 1979.

Pada 6 November tahun yang sama, baginda telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Muda Negeri Terengganu Darul Iman. Pada 15 Mei 1998, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dimasyurkan sebagai Sultan yang memerintah Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya ketika berusia 36 tahun. Pada 20 Oktober 1990, baginda dilantik menjadi pemangku Sultan Terengganu buat kali pertama sehingga 8 November 1990. Mulai 1 Jun 1991, baginda juga adalah Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sehingga Disember 1995. Baginda merupakan seorang raja yang amat mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
 

Sumber:

"Tuanku Mizan Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah was proclaimed as UiTM’s third Chancellor on 5 March 2007, following his appointment as the 13th Yang di-Pertuan Agong, one of the youngest in Malaysia’s history, after being selected by the Conference of Rulers in November 2006 and sworn in on 13 December 2006. Born on 22 January 1962 in Kuala Terengganu, he is the eldest of seven siblings and received his early education in Terengganu before continuing his studies at Geelong Grammar School in Australia. He was appointed as the Yang di-Pertuan Muda of Terengganu in 1979 and later proclaimed Sultan of Terengganu on 15 May 1998 at the age of 36, having previously served as Acting Sultan and as President of the Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council. Known for his deep concern for the welfare of his people, Tuanku Mizan also carried his sense of responsibility into his role as UiTM Chancellor."