Pelancaran Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM
Senarai rekod

Ulang Tahun Sambutan Universiti

Pelancaran Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM

Kemuncak sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 berlangsung pada 9 November 2006 di Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway menerusi Majlis Makan Malam Jubli Emas yang menghimpunkan alumni daripada pelbagai generasi. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, serta pelancaran aspirasi UiTM sebagai Universiti Bertaraf Dunia menjelang tahun 2020. Pada majlis yang sama, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein dianugerahkan gelaran Tokoh Pembela Bangsa. Bagi memperingati sambutan ini, UiTM turut memperkenalkan Syiling Kenang-Kenangan Ulang Tahun ke-50 yang melambangkan identiti, pencapaian dan kegemilangan universiti sepanjang lima dekad penubuhannya.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal

Gambar ditampal

Gambar ditampal

Sekitar Majlis Pelancaran Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Sulaiman Hj. Daud

di jamuan makan tengah hari pada 9 November 2006 bersama pelancaran buku 'Driving Socio-Economic Development Through Education’

Kemuncak kepada Ulang Tahun ke-50 UiTM ini ialah acara penuh gemilang pada 9 November 2006. Pada tarikh bersejarah tersebut, bertempat di Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway, UiTM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Ulang Tahun UiTM ke-50 yang menghimpunkan alumni UiTM daripada semua generasi dalam satu pertemuan penuh makna dan nostalgia.

Majlis berprestij ini diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, serta dihadiri oleh para alumni dan tetamu kehormat. Pada majlis ini juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Canselor UiTM, telah melancarkan aspirasi global UiTM sebagai Universiti Bertaraf Dunia menjelang tahun 2020, menandakan satu langkah penting dalam perjalanan transformasi universiti.

Pada malam yang sama, satu anugerah khas telah dianugerahkan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein sebagai Tokoh Pembela Bangsa, sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan besar beliau dalam memartabatkan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini. Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol kegemilangan UiTM, malah mengukir kenangan bermakna dalam sejarah pendidikan tinggi negara.

Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM ini telah dirancang khas untuk memperingati peristiwa bersejarah UiTM sepanjang 50 tahun yang menyumbang ke arah pembangunan pelbagai industri dalam ekonomi Malaysia yang pesat membangun.

Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama manakala perkataan “Universiti Teknologi MARA” diukir dalam tulisan rumi di kedudukan atas dan tulisan Khat Nasakh di kedudukan bawah duit syiling. Sementara reka bentuk bahagian belakang duit syiling ini memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di kedudukan atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di kedudukan bawah duit syiling. Reka bentuk ini mengambarkan UiTM sebagai universiti berprestij di Malaysia yang menegakkan hak-hak Bumiputera.

Rasional Syiling Kenang-Kenangan Sempena Ulang Tahun UiTM ke-50 :
• Syiling ini dihasilkan sempena meraikan perayaan ulang tahun UiTM ke-50
• lanya direka dengan menggabungkan beberapa imej atau elemen yang berkaitan dengan UiTM sebagai sebuah universiti yang terunggul di Malaysia yang memperjuangkan kedudukan orang Melayu Bumiputera.
• lanya mempunyai dua permukaan iaitu 'reverse' dan 'obverse',
• Nama Universiti Teknologi MARA ditulis dalam jawi yang melambangkan kedaulatan dan kedudukan bangsa Melayu.
• Digabungkan logo ulang tahun UiTM ke-50 bagi mencerminkan sambutan yang begitu berprestij bagi UiTM sebagai sebuah universiti yang terulung di Malaysia.
• Dimasukkan juga imej bangunan menara berkembar (S&T) yang mencerminkan penekanan pihak universiti terhadap sains dan teknologi.
• Terdapat dalam dua versi, iaitu emas (GOLD) yang bernilai RM100 dan perak (SILVER) yang bernilai RM10 dan RM50.

• Idea & konsep rekabentuk oleh Profesor Madya Dr Azizul Halim Yahya. Reka grafik oleh Ghazali Daimin

Majlis ini dihadiri oleh Pro-Canselor, Lembaga Pengarah UiTM, Naib Canselor dan pegawai kanan UiTM. Antara tetamu yang hadir adalah Naib Canselor dari sebilangan universiti Eropah, Asia dan Australia. Turut hadir ialah kenamaan asing termasuk Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi.

Gambar ditampalGambar ditampal

Sumber :

  • Informasi UiTM Sept-Dis 2006, Bil. 26.
  • Koleksi Gambar Jabatan Arkib Universiti

"The 50th Anniversary celebration marked a significant milestone in the history of Universiti Teknologi MARA, commemorating five decades of achievements and contributions to higher education in Malaysia. The grand anniversary dinner brought together alumni, university leaders, distinguished guests, and international representatives to celebrate the university's legacy and future aspirations. The event also highlighted the institution's vision for continued growth while recognizing the individuals who played an important role in its development. A commemorative coin was introduced to honour the occasion, symbolizing the university's identity, heritage, and commitment to academic excellence. Featuring elements that reflect its values, culture, and progress, the coin serves as a lasting reminder of this historic celebration. Beyond celebrating past accomplishments, the anniversary reinforced the university's dedication to producing quality graduates, strengthening its reputation, and continuing its mission of contributing to national development and the advancement of higher education."