Ketua Setiausaha KPT YBhg. Datuk Anesee Ibrahim kenang semula memori di ITM 39 tahun lalu
Senarai rekod

Memori Alumni

Ketua Setiausaha KPT YBhg. Datuk Anesee Ibrahim kenang semula memori di ITM 39 tahun lalu

Imbas kembali kenangan manis YBhg. Datuk Dr Anesee Ibrahim, Ketua Setiausaha KPT di ITM

"Inilah asal-usul saya… dan saya bangga menjadi produk pendidikan tinggi negara,” ujar Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim ketika menerima sebuah cenderamata istimewa daripada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBhg. Profesor Ts. Dr. Shahrin Sahib. Sesi imbas kembali kenangan manis YBhg. Datuk Dr Anesee Ibrahim yang menelusuri fail peribadi beliau semasa bergelar pelajar ITM peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana. “Kejayaan saya adalah manifestasi daripada sistem pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berasaskan merit. UiTM membuka peluang kepada saya, membentuk saya, dan akhirnya melahirkan saya sebagai insan yang bersedia menyumbang kepada negara,”. YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim menerima pelantikan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KPT berkuatkuasa 10 Mac 2025 dan menamatkan perkhidmatan pada 9 Mei 2026