Majlis Anugerah Sukan UiTM (MAS) 2024
Senarai rekod

Rekod Arkib

Majlis Anugerah Sukan UiTM (MAS) 2024

Majlis Anugerah Sukan (MAS) UiTM 2024 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 2 Julai 2025 telah meraikan kecemerlangan atlet dan warga sukan UiTM melalui penyampaian 18 anugerah utama. Kemuncak majlis menyaksikan Mohamad Aniq Kasdan dinobatkan sebagai Olahragawan UiTM buat tahun ketiga berturut-turut, manakala Nurul Azreena Mohamad Fazil menerima gelaran Olahragawati UiTM 2024. Bertemakan “When the Lions Roar”, majlis ini melambangkan keberanian, dedikasi dan semangat juang warga sukan UiTM serta menegaskan komitmen universiti dalam melahirkan atlet cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.

Gambar ditampal
Gambar ditampal

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus membuktikan keunggulannya sebagai kuasa besar sukan pendidikan tinggi negara menerusi penganjuran Majlis Anugerah Sukan UiTM (MAS) 2024 yang berlangsung megah di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 2 Julai 2025. Malam berprestij ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, sekaligus mengangkat martabat majlis sebagai platform tertinggi pengiktirafan kecemerlangan warga sukan UiTM.
 
Sebanyak 18 anugerah utama disampaikan bagi menghargai atlet, jurulatih, pengurus, tokoh alumni, staf serta individu yang menjulang nama UiTM sepanjang tahun 2024. Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2024, Anugerah Khas, Anugerah Emas, Anugerah Perak, Anugerah Gangsa, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah ‘Hall of Fame’ Atlet UiTM,Anugerah Tokoh Sukan Alumni, Anugerah Tokoh Sukan Berjasa, Anugerah Pengurus Cemerlang, Anugerah Jurulatih Cemerlang, Anugerah Pasukan Terbaik,Anugerah Kelab Terbaik, Anugerah Sijil Penghargaan, Anugerah Rakan Media, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Staf.

Gambar ditampal

Gambar ditampal

Kemuncak majlis menyaksikan detik penuh bersejarah apabila dua ikon sukan UiTM dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UiTM. Atlet angkat berat kebanggaan negara, Mohamad Aniq bin Kasdan, mencipta rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai Olahragawan UiTM buat tahun ketiga berturut-turut. Satu pencapaian luar biasa yang mengukir namanya sebagai legenda MAS UiTM. Dalam arena yang berbeza namun sama hebat, pemanah elit, Nurul Azreena binti Mohamad Fazil, diumumkan sebagai Olahragawati UiTM 2024. Beliau tampil membuktikan keunggulan dan kaliber luar biasa, menjadi simbol ketekunan, disiplin serta daya juang atlet wanita di pentas sukan berprestasi tinggi.
 
Gambar ditampal

Gambar ditampal

Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin turut merakamkan penghargaan penuh kepada Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim kesudian memeriahkan malam gemilang ini bersama komuniti sukan UiTM. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan warga sukan UiTM atas pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2024. Menurut beliau "UiTM komited membina legasi sukan yang berterusan, bukan sekadar mencipta juara hari ini, tetapi mencorakkan masa depan sukan negara. Kami percaya, dengan sokongan padu semua pihak, UiTM akan terus melahirkan atlet berprestasi tinggi yang bukan sahaja cemerlang di gelanggang, tetapi juga di bilik kuliah dan pentas antarabangsa."
 
“When the Lions Roar”, MAS 2024 menjadi simbol kepada keberanian, dedikasi dan semangat juang luar biasa warga atletik UiTM. UiTM bukan hanya medan akademik ia adalah tapak lahirnya juara sejati bangsa dan negara.

The UiTM Sports Awards Ceremony (MAS) 2024 was held at the Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, on 2 July 2025 and was officiated by Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim. A total of 18 major awards were presented to recognize athletes, coaches, managers, alumni, staff, and individuals who brought honour to UiTM throughout 2024. The highlight of the ceremony saw Mohamad Aniq Kasdan being named UiTM Sportsman of the Year for the third consecutive year, while Nurul Azreena Mohamad Fazil was awarded UiTM Sportswoman of the Year 2024. UiTM Vice-Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, reaffirmed the university’s commitment to developing high-performing athletes who excel in both academics and sports. Under the theme “When the Lions Roar,” MAS 2024 symbolized the courage, dedication, and fighting spirit of UiTM’s sporting community while reinforcing UiTM’s role as an institution that produces champions at both national and international levels.


Sumber : Facebook Bahagian Komunikasi Korporat (https://www.facebook.com/share/p/1B5fnjdKLc/)